UmNO masih MengeJAR PAS

ke FELDA TembangaU 2

Menunggu mok sedara berhampir Jambatn Temerloh yang merentangi Sungai Pahang

Dah masuk N9.. Kat Lui

Makan





Dah nak balik... Kena masuk daerah N9 dulu...

Lalui sempadan N9/Pahang

Bandar Mengkuang

BacaLaH



Amalan Sunat Hari Jumaat & Surah al-Kahfi
Harga: RM4.50 Penulis: Mohd Fikri Che Hussain Muka surat: 88 Penerbit: Jahabersa Buku ini berjudul Amalan Sunat Hari Jumaat dan Surah al-Kahfi merupakan buku pertama penulis mengenai soal Fiqh Islam. Buku ini dibuat secara ringkas untuk memudahkan masyarakat umum mengetahui kepentingan hari Jumaat dan amalan yang digalakkan dilakukan pada malam dan siangnya. Buku ini lebih bersifat santai bagi para pembaca dengan ditekankan beberapa buah hadis sebagai hujah bagi setiap perkara yang belum lagi diketahui oleh para pembaca untuk diamalkan. Beberapa tips biasa seperti kelebihan hari Jumaat, mereka yang tidak bersolat Jumaat tiga kali berturut-turut dsbgnya, tidak dinyatakan hadis sebagai hujahnya memandangkan perkara ini sudah biasa didengari dan disepakati oleh rakyata Malaysia dan nusantara. Penekanan yang lain adalah beberapa amalan sunat yang digalakkan beserta hadis yang menyokongnya. Lalu penulis turut mengepilkan 5 buah surah yang disunatkan untuk kita membacanya pada hari Jumaat sama ada siang atau malamnya seperti surah al-Kahfi. Surah lain pula seperti Surah al-Sajadah dan al-Insan yang dibaca pada solat Subuh pagi Jumaat. Manakala surah lain seperti Surah al-Jumu’ah dan al-Munafiqun digalakkanuntuk imam membacanya pada waktu solat Jumaat. Selain dua surah tersebut terdapat juga surah lain yang digalakkan imam membacanya pada waktu solat Jumaat iaitu surah al-A’la dan al-Ghasyiyah. Tujuan lain penulis mengarang buku ini kerana ada pihak yang ‘bising’ bahawa bidaah membaca Surah Yaasin malam Jumaat. Disebalik kebisingan itu, tiada satu solusi yang boleh kita ambil untuk menghentikan pengamalannya di seluruh masjid nusantara ini. Lalu penulis terfikir untuk menggerakkan satu fenomena baru bagi memenuhkan ruangan masjid kita berlandaskan SUNNAH Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia dengan pengamalan surah al-Kahfi pada hari tersebut. Sokongan segelintir pihak tidak akan merancakkan fenomena ini. Tetapi apabila mereka diterangkan terlebih dahulu aspek KECINTAAN kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan cuba mengikuti setiap petunjuknya. Maka usaha ini akan lebih berkesan dan mendatangkan manfaat bersama. Marilah kita bersama menukarkan pengamalan majlis membaca surah Yaasin di masjid dan surau kepada surah al-Kahfi, kerana hal ini lebih ‘hampir’ kepada sunnah berbanding Yaasin yang dianggap sunnah oleh majoriti masyarakat kita. Insya Allah! Kandungannya:
  1. Mukadimah
  2. Kelebihan dan Keistimewaan Hari Jumaat
  3. Perkara Sunnah yang dilakukan pada hari Jumaat
  4. Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan dalam solat Subuh Pagi Jumaat
  5. Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan pada siang dan malam Jumaat
  6. Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan imam membacanya semasa solat Jumaat (I)
  7. Bacaan Surah al-Quran yang digalakkan imam membacanya semasa solat Jumaat (II)

Naik MinYak @ MinyAk NaIk

BanCI PenDuDUK


Pagi ni 2 orang Cik banci datang kat rumah aku nak banci. Oleh kerana aku sorang kat rumah dia orang tak masuk.

CIK BANCI TANYA :-

1. Rumah nih ada berapa orang - aku jawap 4 orang
2. Rumah ni ada berapa orang lelaki - aku jawap 3
3. Boleh bagi nama - aku jawap RAHSIA, mana boleh bagi tau...
4. Boleh bagi No HP - aku jawap, minta maaf le tak dapat den nolong.

Abis lah... Dia kata lagi oleh kerana aku tak nak bagi informasi (nama & No HP), pegawai BANCI nak datang jumpa aku... SILAKAN....

Nama & NO HP masuk dalam soalan-soalan banci jugak ke????

Nak JimAT MinyAK


CARA #1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja. Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

CARA #2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.

CARA #3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

CARA #4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

CARA #5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.

BERSAMBUNG LAGI ...

HantarTERImA FAX guna EMAIL







Hari ni aku cari info pasal nak hantar fax menggunakan email. Ada yang free ada yang kena bayar. Yang free pulak service tak cover MALAYSIA lagi tapi LEBANON & INDON dah boleh pulak..

TamAN




Petang semalam Ammer ajak aku ke taman permainan baru berhampiran dengan rumah sewa kami. Mula-mula diajaknya menaiki basikal, aku kata jalan kakilah lagi seronok. Teringat kecik-kecik dulu,taman permainanlah tempat paling seronok aku nak pegi boleh bebas sebebasnya. Berlari kesan-sini, sambil menguji tiap permainan yang ada seperti gelunsur dan macam-macam lagi. tapi tu kenangan dulu, mungkin anak-anakpun mempunyai hasrat yang sebegitu jugak terutama pada peringkat umur 7 tahun ni. Layan jelah...

FELDA TriANg 1

Semalam ke FELDA Triang 1 menghadiri majlis perkahwinan anak sedara aku si HAFIS (anak ke-2 kakak aku). Dari bandar BERA/Simpang Kerayong mengambil masa 30++ minit yang jaraknya 26km. Jalan sempit dan bergelombang. Juga dipenuhi buruh-buruh import yang memandang semacam kepada orang tempatan. Nak buat macam mana rakyat sendiri tak nak nak bekerja juga polisi kerajaan Malaysia yang mengimport pekerja asing lebih menguntungkan terutama kepada pendapatan negara sperti caj Levi dan macam-macam lagi.

Ni kawasan parlimen ayah kepada seorang pelakon HOTELMANIA. Majoiti adalah penduduk FELDA

Pasar baru Bera

Steysen bas ke FELDA Mayam dan macam-macam lagi

Steysen teksi

Ada lagi road-block FELSCO... Lama dah tak nampak dirancangan2 lain

Sawit jelah memanjang... tapi pokok dia harap tinggi saje , batang lurs & kurus manakala daun pulak kebanyakkan kunig.. Mungkin baja kurang kot atau kontraktor Technoplant ambik harga murah masa ambik tender

Si pengantin - HAFIS baru 20 tahun...

Dalam khemah

Adik aku Suhana(kanan) dan suaminya datang dari Ganu

Lauk depan aku... sory gambar terbalik

Masjid FELDA.. kecik je. Sentiasa bersih ... jemaah tak ramai kot tak banyak sampah

Sijil-sijil penghargaaan yang sempat aku snap di balkoni masjid


Antara jemaah solat ZOHOR

KemBALi MenghaFaL


Walaupun keadaan lututnya masih bengkak, tapi aku tetap menghantar AMMAR ke tahfiz semula. Kini dia memasuki TAHFIZ lain pulak. Dah seminggu lebih dia nampak amat bersemangat nak memulakan hafazannya kembali. Diharap dia terus bersemangat dan rajin menghafaz. Hampir 4 bulan lebih berehat dirumah yang sedikit-sebanyak mengganggu hafazannya.

TAK CERDIK


Peniaga diberi amaran tidak naik harga barang, makanan


2010/07/16

Tindakan tegas jika ambil kesempatan menyorok, bebankan pengguna

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran keras kepada semua peniaga makanan, barangan dan perkhidmatan supaya tidak menaikkan harga berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan harga empat barangan keperluan, semalam.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Roslan Mahayuddin, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang ditangkap berbuat demikian.

BILA MINYAK NAIK, GAS NAIK, GULA NAIK
TAKKAN PENIAGA BERDIAM DIRI
MESTILAH NAIKKAN HARGA BARANG...


SingGah SebeNtaR


RUSA diubahsuai...

Dalam masjid

Depan/sebelah masjid ada warung ABC lagi



Pagi tadi ke Kuantan. Masa balik sinngah kat masjid nih solat Zohor... okey gak...

SOLAT -JangAn MaiN2




DuGAAn

Isnin 5/7/10 10 pgi ke satu Tahfiz di Kerdau untuk temuduga Ammar setelah mendapat SMS dari seorang pengajar di situ. Staff kat situ pun bercerita serba-sedikit tentang Tahfiz tersebut.Bla, bla.... tentang keadaan asrama & kedudukan bilik untuk pelajar baru. Aku balik dengan penuh harapan agar Ammar terus dapat menyambung semula hafazannya setelah hampir 4 bulan berehat dirumah akibat sakit.

Aku dah keluarkan dia dari Tahfiz lama sebab kedudukannya asramanya yang jauh dari surau dan dewan makan ditambah pulak Ammar dinasihatkan Doktor jangan berjalan@bergerak selalu.


Pagi Khamis dapat panggilan dari Ustaz pengajar disitu dia kata, anak aku tak layak dan tak dapat belajar di situ kerana Tahfiz hanya mengambil pelajar pada awal tahun sahaja... Terkedu aku...Apa punya cerita ni...

a. Kalu tak ambik pelajar kenapa semasa aku jumpa Ustaz kat situ kata kena ambik temuduga dulu.
b. Kenapa panggil anak aku hadiri temuduga
c. Tak taulah ... Dugaan...


Maybank2U.com

Dah lama tak guna Maybank2U.com... Sampai tak ingat password. So kena tel 1300-88-6688. Operator kata kena gi ATM balik create USER & PW baru sebab kalu > 6 bulan tak aktif akaun 'dinyahapuskan' atau DELETE...betoi jugak tak nak orang lain guna dan storage data tak besar.