WahaI IstErI & ANak2ku




RejAB


Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

PERISTIWA DALAM BULAN REJAB

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

AmbikSINI


Minum Pagi

Pagi Ahad ke KL. Jumpa sahabat lama masa di AFKL. Kini dah berjawatan besar kat KPJ... borak-borak sambil pekena roti canai kat Restoran Haslam.... 830 pagi sampai 930 je.. Alhamdulillah persahabatan masih terjalin walaupun dah 29 tahun kenal.. Rasanya membesar dan belajar sebagai anak PENEROKA ni semacam ada satu ikatan yang kuat.

Ni gambar terbaru Hospital Tawakal . Katanya lagi... hari Senin 28/6.. baru akan beroperasi sepenuhnya di tempat baru... Aku tak tanya pulak nak buat apa kat Hospital Tawakal lama. Yelah dia dok sibuk cerita ' new implementation ICT' kat bangunan baru...

Ke RancaNgAN


Petang Sabtu balik FELDA
cerita apa kat FELDA?
Apa lagi.. baba FELDA nak BANGKERAP la..

Jumaat malam Sabtu PR dan masuk kempen...
macam-macam cerita
ada yang percaya ada yang tidak..
Mana boleh FELDA bangkrap... peneroka kata
sebab apa???
tahun ni KPF bagi dividen 14% (2009)lagi....
tu banyak duit la ....
kalu tidak tak la dapat dividen banyak tu..

Emmmm
Payahnya nak faham....

Lagi Nak TAU - FELDA


THE STAR (STAR BUSINESS) 25 MARCH 2009

FELDA TO START OIL PALM JV IN BRAZIL

KUALA LUMPUR: Felda Group, via a joint venture with Brazilian parties, will soon cultivate about 30,000ha of oil palm in Manaus and Tefe near the Amazon River in Brazil.

Brazil's Ambassador to Malaysia, Sergio Arruda, said the joint venture would start with 30,000ha whereby some 3,000ha to 5,000ha of oil palm will be cultivated in a year.

"We hope to emulate the successful smallholders' scheme by Felda in Malaysia for the designated oil palm planting area in Brazil," he told reporters after the opening of the first Asian Biofuel Roundtable 2009.

Arruda said Felda and its Brazilian partners would also be setting up a bi-national oil palm plantation and production plant, which would lead to downstream activities including a state-of-the-art biodiesel facility.

Meanwhile, Neste Oil Corp senior vice-president on sustainability Simo Honkanen said crude palm oil (CPO) suppliers to the European Union should focus on getting their products certified for sustainability due to the strict requirements by the European Commission.

He said CPO comprised about 80% to 90% of its NExBTL diesel - touted to be the world's cleanest diesel - produced at Neste's 170,000-tonne a year biofuel plant in Provoo. Mineral oils and animal fats made up the balance components.

Honkanen said: "Due to the EC requirements, Neste will need to source its palm oil from certified producers. So far, we are satisfied with the quality palm oil from Malaysia."

Neste will set up another 170,000-tonne biofuel plant in Provoo as well as an 800,000-tonne biofuel plant each in Rotterdam and Singapore.

BACA SINI

Ni pulak cerita melabur di Brazil..

lebih baik antar FELDA United FC berlatih SAMBA

atu beli saja KAKA jadi jurulatih FELDA UNITED

Mana tau 10 tahun lagi Malaysia boleh main di World Cup 2018


Nak TAU


Sana-sini cerita FELDA
Kenapa menteri tu marah-marah
takpatutu lah buart FELDA macam tu
Peneroka dah senang-lenang pasal pulak marah kat FELDA
Ni semua cerita tipu dan fitnah
Kenapa dia orang marah FELDA?

nilah cerita kat bank sambil beratur kat ATM
cerita kat warung sambil pekena teh tarik
cerita kat pejabat sambil baca Sinar Harian
cerita dalam teksi sambil borak-borak dengan penumpang menuju ke Jengka
cerita kat minimarket sambil beratur nak bayar di kaunter
cerita kat klinik sambil menunggu dipanggil jururawat
cerita kat kedai mamak sambil tengok world cup 21010
cerita kat surau sambil menunggu tok imam sampai

SEMUA NAK TAU
SEMUA RAKYAT BUKAN FELDA NAK TAU
HANYA PENEROKA FELDA SAJE BUAT-BUAT TAK TAU
KENAPA JADI MACAM NIH...
TOLONGLAH KABIN NET APA CERITA SEBENARNYA...

LAIN DIJAWAB...


WALAUPUN kedudukan tunai Felda merosot RM2.73 bilion bagi tempoh lima tahun bermula 2004, tetapi kedudukan aset semasanya meningkat sebanyak RM6.2 bilion dalam tempoh sama.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pada 2004 nilai aset Felda adalah RM9.17 bilion dan meningkat kepada RM15.37 bilion pada 2009.


Katanya, kemerosotan kedudukan tunai Felda disebabkan perbelanjaan sebanyak RM2.41 bilion yang diperuntukkan untuk pelbagai pembangunan sosial peneroka dan generasi Felda. “Felda juga membelanjakan RM2 bilion untuk program tanam semula dan bayaran pendahuluan hasil membabitkan RM17,000 bagi setiap keluasan empat hektar.

“Dengan hanya RM9,600 dikutip daripada peneroka iaitu RM4 bagi setiap 0.4 hektar sebulan selama 20 tahun, selain ada yang gagal melunaskan pembayaran, Felda terpaksa menanggung kos tambahan.


“Duit yang dikutip tidak cukup kerana Felda bukan sekadar menanggung kos tanam semula, tetapi juga membiayai kos sara hidup RM1,000 hingga RM1,500 sebulan selama purata
lima tahun,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Ahmad berkata demikian mengulas laporan muka depan sebuah akhbar milik pembangkang yang melaporkan rizab tunai Felda jatuh merudum.
Felda juga membelanjakan sejumlah RM622 juta untuk projek Menara Felda yang sedang dibina
Kuala Lumpur. BACA SINI


DUIT HASIL POKOK GETAH YANG DITEBANG MACAM MANA PULAK ??? LAGI JAWAB LAGI BANYAK MAKLUMAT PELIK.... ATAU SAUDARA KITA NI DIBERIKAN MAKLUMAT YANG SALAH OLEH PEMBANTU-PEMBANTUNYA YANG MUNGKIN MEMPUNYAI MUSLIHAT TERTENTU... GAMAKNYA

SOlAT


Alhamdulillah... AMMERanak bongsu aku dah boleh baca doa qunut Solat Subuh dengan terang dan jelas... Cuma liat lagi nak ke surau berjemaah Subuh. Lega banyak rasanya.....

LAPORAN POLIS DUIT FELDA MENYUSUT 2 BILLION - TEMERLOH

IPD Temerloh dari luar

Di hadapan IPD Temerloh

Akibat susulan CERITA NI,,, pagi tadi jam 10 pagi satu laporan polis telah dibuat terhadap PM di IPD Temerloh jam 10 pagi tadi. Diketuai oleh Pengerusi ANAK Saudara Mazlan Aliman. Kebanyakan yang hadir adalah peneroka dan generasi ke-2 FELDA...

Ahmad Maslan kata duit 2B untuk duit tanam semula.... tapi potongan duit tanam semula ni memang telah dibuat sejak lama dulu lagi oleh FELDA & penyusutan ni hanya dari tahun 2004 ??? Tahun sebelumnya macam mana???

PerGi

Pagi semalam pukul 10 lebih dapat call dari mak aku... DIN sebelah kedai jatuh dalam bilik air dan terus tak sedar dan telah dibawa ke HOSHAS wad kecemasan. Aku terkejut jugak sebab pukul 830pagi tadi aku ada bercakap dengan dia melalui telepon... Sebelah petang aku & wife bergeas ke HOSHAS wad kecemasan...

530 petang sampai sana, dia masih tak sedarkan diri akbiat serangan darah tinggi..Cadangan HOSHAS nak dibawa ke KL tapi sampai pukul 730 tak dibawa lagi kerana kata mereka menunggu keadan stabil.. Tapi melihat keadaan dirinya dengan denyutan jantung yang semakin menurun ...730 aku balik dulu... hanya tinggal doa untuk sahabat kat rancangan yang masih berkawan hingga ke hari ini walapun kami berlainan haluan 'ideologi politik'... 945 malam ada panggilan masuk... DIN dah takde ... AL-FATIHAH untuk sahabat.... (Umur baru pertengahan 40an)

ISTIQOMAH



MAKSUD ISTIQAMAH

Soalnya apakah maksud istiqamah itu? Jika ia dilihat pada struktur Bahasa Arabnya, ia bermaksud terus diminta berdiri. Sesuai jugalah dengan Bahasa Melayunya yang boleh difahamkan sebagaisentiasa teguh berdiri. Atau jika di dalam Bahasa Inggerisnya, boleh juga difahamkan sebagaistanding up consistently. Ada dua unsur penting pada definisi permulaan ini, iaitu berterusan dan kekal di dalam suatu keadaan, dan unsur keduanya pula ialah berdiri.. iaitu kondisi diri yang aktif lagi dinamik. Berterusan dalam keadaan sedar dan aktif terhadap suatu pegangan dan mahu pun amalan.


Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’. (Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Antara amalan yang sentiasa boleh dilakukan ialah...
a. Membaca Al-Quran selaps SOLAT
b. Berpuasa sunat
b. Solat Sunat Isra', Dhuha,& Bertahajud
c. Sentiasa mengamalkan Sunnah Nabi contohnya dari segi pemakanan seperti penggunaan madu & tamar dll..

Dah buat??? Jadikan amalan ni sebahagian dari rutin harian dan berterusan melakukannya...





PilihaAN HatI






Aku bercadang nak pakai beroadband pulak... dok tengok mana rate paling murah, speed laju macam Kelisa...

World Cup 2010


Tahun nih aku tak berapa kisah tentang bola. Kena pulak kat rumah tak de ASTRO.. Cuma aku rasa tak de satu teampun yang konsisten lagi kecualai Argentina & Brazil... tu pun setakat lawan team yang lemah... Diharap ada juga team dari ASIA yang masuk last 16

KELIRU

DVD Maker WIN7
Banyak kali aku try nak buat video yang simple tapi tak jadi

Movie Maker WINXP

Lebih mudah digunakan....

KebUn PisAnG

Ramainya

Mula betugas ... wife aku

Batang getah jadi sasaran b...I

Ni lagi...

Tebal sangat


Dah tumbang ,,,


Tarikh : 16/6/10 Rabu 9.00 pagi
Kebun di Kg Seboi Kuala Krau

Dah 3 bulan tak tengok kebun...penuh dah dijajah oleh spesis pisang hutan yang tak diundang..

Lama

Dah hampir 3 minggu tak menulis.... sebabnya

1. Desktop aku buat hal, kena format pas tu monitor pulak kong + printer out... terus mari malas..
2. PC dah OK... line internet pulak buat hal.... kat 5 minit baru line OK... tu pun kejap-kejap putus
3. Sibuk dengan AFKL nak tubuhkan KOOP sehingga kini tak settle lagi....
4. Stat buat training aplikasi untuk client perlu bagi masa.... kena pula cuti sekolah ni berebut PC dengan anak-anak...

Pagi nih semua pakat sambung tido boleh la sambung balik... sambil-sambil install software yg dah terformat baru-baru nih...

Tanda SokongAN untuk RakyAT PALESTINE





dI AFKL

Lokasi : Asrama FELDA Kuala Lumpur
Tarikh : Jumaaat - Sabtu (28-29/Mei 10)
PROGRAM : Majlis REUNION AFKL84 'Kembali bertaut'

Rahman - SJI FELDA Lenga ... akan berangkat ke JEDDAH minggu depan jadi Engineer LRT
Berbakat menjadi pengacara majlis@Dejay

Semua gumbira berjumpa kawan2 lama Kiri depan Yusri ( Senior IT Manager KPJ & depannya Cikgu Shukri)

Kaum muslimat ... kebanyakkannya cigu


Bergambar ramai2

Bersama keluarga masing-masing

Ni juara kelas heavyweight -



Water cooler...


Bilik basuh baju

Dorm yang dah dipecah 2