Analisa Kewangan Negeri PR & BN

Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN

Johor/Pahang dengan Selangor
Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (AnalisisNisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.) Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.) Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.

Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (http://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2/) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009, m.s 19)

Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.

Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009

Melaka dengan Pulau Pinang

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta. Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.

Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1. Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.

Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).

Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya. Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan. Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)

Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka


PENTADBIRAN NEGERI

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah. Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&catid=1:utama&Itemid=50)

Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.

Kajian Kes: Isu Curi Pasir

Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor. Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.

Misalnya, pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82 juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan Selangor. (Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009, m.s 50)

Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi.

Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan. Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot.

Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang. Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta. Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Melaka dengan Pulau Pinang

Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang. Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali. Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat. Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga. Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang? Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Berlainan pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan negerinya. Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta. Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang tidak tertanggung? Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai Melaka dan projek Eye on Malaysia yang tergendala sekian lama sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. (Eye on Malaysia jadi 'gajah putih' )

PENDEMOKRASIAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:

1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
2. Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
3. Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
4. Menghidupkan semula SELCAT;
5. Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
6. Mengumumkan aset Exco Selangor;
7. Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek Perhutanan Semula dan lain-lain.

Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka. Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat. Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:
1. Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;
2. Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;
3. Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.

Kesimpulannya, fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka. Laporan Ketua Audit Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional. Dari segi pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.

Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi. Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan. Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Rujukan am:
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009
2. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009
3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009
4. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009
5. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009
6. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009
7. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009
8. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009
9. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
10. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009

Disediakan oleh,
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta. - Merdeka Review

Hujan TahuN Baru

Malam tadi hujan renyai-renyai di Temerloh
sejuk semacam ... kalu macam ni tak perlu ke Cameron Highlands
Pegang selimutpun dah sejuk
sambutan tahun baru bagi anak muda lebh thrill
mungkin akan merempit dan bersorak habis-habisan
seronok masuk tahun baru katakan
apa yang mereka fikir kitapun tak dapat pastikan.
TAPI...
dek hujan renyai sampai ke SUBUH
nak merempit tak menjadi ... cuma berkumpul ramai-ramai dengan motor jelah...
TU cerita sahabat selepas berborak sebentar di surau selepas SUBUH

TemerLoh - Tempat LahiR KomIniS MelAYu

Abdullah CD


Ini adalah hahikat yang perlu diakui oleh semua rakyat Malayisa. Sebelum Merdeka, Malaya diperintah British. Untuk merdeka perlu berjuang. PKM adalah diantara saluran yang dipergunakan untuk memerdekakan Malaya. Manakala AP dan sebagainya yang bekerja dengan British bolehlah dianggap sebagai talibarut penjajah. Kalu tengok cerita Bukit Kepong... anda akan tahu bahawa sejarah diputarbelitkan. Penjajah adalah HERO tapi sebenarya , sipengaut kekayaan Malaya. Mereka berlagak seperti tuan dan pengikut-pengikut mereka yang terdiri dari orang Melayu sendiri adalah pengkhianat sebenar dengan diberi jawatan sebagai DO yang diremote oleh British.

AFGHANISTAN, KASHMIR dan PALESTINE yang jugak mempunyai pejuang sebegini.... adakah mereka digelar pengkhianat negera semata-mata memperjuangkan kemerdekaan dari penjajah/pemimpin negara yang korup, ketidakadilan dan tidak islamik. Mereka dilabelkan oleh Barat sebagai pengganas. Label pengganas ini juga dijadikan zikir oleh pemimpin negara Islam sendiri untuk menghalang rakyat negara mereka untuk bangun berjuang. Mungkin rakyat atau pertubuhan ini terpaksa bergabung dengan pelbagai Pertubuhan lain yang tidak selari dengan wadah perjuangan mereka tapi demi matlamat yang sama iaitu menghalau penjajah dan memerdekakan negera tercinta, mereka terpaksa bergabung. Begitu jugak dengan KMM.

Maka Temerloh tidak sepatutnya dikenali sebagai bandar ikan patin sahaja...

Cuti BolA

Pagi semalam ke KL
Aku tak tahu Jumaat cuti sebab menang bola Piala Suzuki
Buat macam mana, ramai rakyat Malaysia minat bola termasuk aku
walaupun tak pandai main bola
ahli politk pulak ambil peluang nak tunjuk prihatin
biasalah tu...
Kalau NAJIB bagi cuti sebab menang Musabaqah macam mana???
Ha... Ni luarbiasa!!

TahnIAH


Tahniah kepada bekas MB N9 kerana dilantik menjadi Pengerusi FELDA yang baru. Walaupun apa orang lain kata Dato' memang layak menjawat jawatan ini. Kepada rakyat Pahang terutamanya masyarakat FELDA jangan susah hati, mungkin PM kita rasa tiada sape pun orang dari Pahang yang layak menerajui FELDA nih walaupun bilangan rancangan FELDA terbesar di Semenanjung adalah di Pahang.

Dengan pengalaman lama Dato' Isa sebagai MB N9 boleh 'memakmurkan' lagi FELDA terutamanya dari segi kewangan. Kepada sahabat-sabahat politik Dato' Isa mungkin boleh mengadakan sedikit kenduri kecil dan doa selamat atas perlantikan Dato' Isa. Tahniah sekali lagi Dato' .

Nak SekOlAH



Musim perabis bajet hujung tahun
Semua kena beli
Yang lama dah tak muat
Kata anak aku yang kecil...
Ni belum kira bayar yuran lagi...

PEACETV.COM

Minggu lepas ke KL dan berjumpa dengan cliet yang baru balik dari MEKAH.Berbual panjang sampai dia terlewat memulakan tugasnya. Lamat tak berborak sebab aku biasanya berada di pejabat dia sekitar 11 pagi ketas.


Dia menceritakan tentang dia tertengok PEACETV semasa di Madinah dan betapa dia teruja dengan speaker yang yang memberi hujah/ulasan dan berdialog dengan para hadirin yang kebanyakannya Non-Muslim yang akhirnya memeluk ISLAM diakhir setiap program mereka. Spekaers pulak terdiri dari yangbaru convert ke ISLAM seperti CAT STEVENS. Jugak dari Malaysia iaitu Saudara Hussain Yee


Hari InI

Membaca buku kat atas sementara menunggu wife bersiap nak ke Pekan
ada taklimat PASTI Negeri
Terbaca kat MS 168

Tajuk kecil : Manusia Jadi seperti binatang

Riwayat Ibnu Majah dari Abu Malik Al-Asyari, Rasulullah SAW bersabda
" Akhir zaman nanti ramai kalangan umatku akan meminum arak
yang diberikan dengan pelbagai nama (bukan dari nama arak)
mereka bermain muzik (bertali, yang diharamkan)
dengan diiringi penyayi wanita diatas kepala mereka (diatas pentas yang tinggi)
Ketika itu ALLAH akan sedutkan mereka ke bawah bumi
dan mereka juga dijadikan bagai kera dan babi."

Rasulullah SAW bersabda :
" Tidak akan terjadi kiamat sehingga mereka bersetubuh (tanpa segansilu)
dijalan-jalan seperti keladai-keladai"
(Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan AT-Tabrani dari Ibn Umar)

Dari Hadis diatasRasulullah SAW menggambarkan bahawa di akhir zaman kelak akan terjadi manusia berperangai seperti binatang. Berpesta hiburan 0dan melakukan zina terang-terangan bagai binatang

SQL ServER 2008

Tarikh : Jummat sampai Kini
Re : Migrate database SQL Server 2008

Mula-mula
Untuk sementara waktu
aku convert dari Sql server 7 ke ACCESS dulu
Nak read data dah pun habis satu hari


Server dah down
Client call dari Kuala Berang Terengganu...
Datang dari Kula Berang dengan Server & PC baru
Aku kena install dan setting server
Server saje 12GB RAM Memory

Aku cuba install SQL dalam Win 7 kat server
tapi reject
Notebook akupun guna win 7 & SQL Server 7 ... okey pulak
Cari info... installl SQL Server 2008 express
macam-macam pulak tools kena install, baru SQL boleh run
dah OK... nak connect database tak jalan pulak
kena install Studio pulak...
Restore data tak jalan, sebab tak serasi... sudahhhh...
aku bukan programmer... dari info sahabat2, kena migrate dulu ke SQL soo5
rugi lagi 1 1/2 hari


Cari info SQL 2005... hampir sama dengan 2008
tapi lebih canggih

Terjumpa CD SQL 2000
zasss sekali install je boleh run dah... tapi ODBC pulak tak run
takpe janji sistem boleh baca database... baru siap server
hari nih nak buat untuk client pulak..

KALU SAPE-SAPE ADA IDEA NAK MIGRATE DATA DARI SQL 2005 KE 2008
MINTA BAGI KOMEN

AL-QURAN - LapIsan PelinDung BumI


Terjumpa kat Youtube... Kita kena kaji dan kajiiiiiiiiiiiiii Al-Quran

TermenUnG????

Aku sempat melihat sekumpulan peneroka yang berumur
melepak dipangkin kayu yang tersedia di situ
ada yang berborak, ada yang senyap sambul memandang jauh dihadapan
mungkin teringatkan cucu atau anak atau bagaimana
akupun heran ..
sepatutnya diusia sebegini
meneliti kembali hubungan hamba dengan Tuan Pencipta


Enjoy lagu nih...sambil berfikir-fikir

ItulAH Ibu

Petang semalam balik ke rancangan
melihat ibu yang demam
Terbaring... pening kepala katanya
tuala kecil menyapu dihidung akibat selsema
aku meyapa sambil memegang dahi dan kepalanya
Isi tak seberapa diamah usia
membanting tulang drai usia muda
tak berapa panas dah... kata hatiku
melihat rambutnya yang penuh berwarna putih
seputih hatinya mendoakankan anak-anak
Selepas menunailan solat Asar
dia kembali bersimpuh, berbual dan bercerita
mungkin kekuatan diri menjelma melawan demam
melihat anak cucu di depan mata
itulah ibu..

KeCeWA



KUB tersentak tawaran ditolak

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
sarah.rohim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Dis. - KUB Malaysia Bhd. (KUB) terkejut apabila tawaran pengambilan alih QSR Brands Bhd. (QSR) yang dibuat bersama ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad, baru-baru ini ditolak.

Sumber industri yang terlibat dalam transaksi itu berkata, KUB bersetuju untuk menyertai tawaran pengambilan alih QSR kerana diberitahu Kulim Bhd. (Kulim) mahu menjual syarikat yang memegang rangkaian makanan segera KFC dan Pizza Hut.

''Sebenarnya ada 'orang kuat' daripada pihak sebelah sana menyatakan Kulim sedang menyedia dan menganalisis harga jualan yang sesuai mengikut nilainya dan tawaran jualan akan dibuat dalam masa terdekat.

''KUB memang tersentak apabila QSR menolak cadangan kami kerana KUB tidak mungkin membida sekiranya pihak QSR tidak berminat menjual,'' kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Idaman Saga Sdn. Bhd. milik Halim telah berganding bahu dengan KUB dan CVC Capital Asia III Ltd (CVC Capital) untuk mengambil alih QSR pada harga RM6.70 sesaham atau RM1.94 bilion.

Biarpun, cadangan pengambilan alih itu diketepikan, KUB mengakui ia masih berminat untuk mendapatkan QSR sekiranya diberi peluang.


Tak dapat nak beli KFC pun merajuk...

A & W pun kelam-kabut lagi...

Dulu-dulu ada KUB Gas , lepas tu lenyap ...

Perati molek-molek , ada logo merah dalam logo KUB

macam biasa nampak je....

syarikat ni penuh dengan orang politik UMNO

Apa saje boleh berlaku, mana tau dipaksa jual pulak ke???

Harga GetAH 4

Petang semalam kat simpang menghala ke Jerantut & Highway ke KL
Pisau menoreh getah
Mungkin mahal la nih...
Mentang=mentang harga mahal
Ipoh mali, Bidor katanya...
1st time tengok van jual & promo pisau getah

DakwA Khir ToYo


Berborak dengan abang songkok tinggi yang buka kedai runcit kat perumhan aku
Bila tengok tajuk utama kes KHIR TOYO
Ni mesti nak dakwa sahaja bukannya ada apa-apa lepas ni senyap je...
macam kes Altantuya la...
macam-macam lagi dia kata
Meniaga sekarang untung sikit-sikit je..
Harga barang mahal
Aku tambah sikit-sikit je
Betapa marahnya rakyat atas kenaikan harga minyak dan barang keperluan asas

UjI

Ujian melihat sokongan rakyat terhadap PR & BN

AKU Benci DirhAM & DinAR


AMbik Kat SINI

Setelah kemangkatan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, maka terlantiklah Omar bin Abdul Aziz sebagai penggantinya. Penerimaan jawatan khalifah, Omar tidak mengirikannya dengan senyuman atau tawa hilai, sebaliknya disambut dengan linangan air mata, yang kadang-kala diselangi dengan ratapan suara yang menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Dalam Masjid, ketika Omar bin Abdul Aziz selesai dari menunaikan solat sunat, beliau tunduk sahaja. Dari jauh, terlihat bahawa beliau dalam kesedihan kerana kelihatan titisan air matanya yang jatuh gugur.

Salah seorang rakyat Omar telah melihat kesedihan itu tersebut. Rakyat tersebut, bukan calang-calang manusia, malah beliau juga amat terkenal dengan dunia peribadatan dan kezuhudan.

”Wahai Amir Al-Mukminin, apakah penyebab utama sehingga kamu menangis sebegini?” Soalnya

Omar Abdul Aziz yang ketika itu sedang tunduk, mengangkat mukanya dan melihat wajah ’Abid tersebut. Dia merenung seketika, kemudian menundukkan kepalanya kembali.

”Aku tidak sanggup memikul amanah ini!” jawab Omar sayu sambil ketundukan.

”Wahai Omar, apakah kamu suka kepada dinar dan Dirham?” soalnya lagi.

Seakan-akan histeria Omar menjawab, ”tidak.. aku tidak suka Dinar dan Dirham. Kedua-duanya boleh menyebabkan aku lalai dari melaksanakan amanah Allah” sambil teresak-esak menangis.

’Abid itu terus berkata, ”justeru kamu jangan bimbang wahai Omar. Pasti Allah akan membantu dan membimbing kamu”

AMANAH TERLALAI DENGAN BENDA

Kisah yang dipaparkan ini amat relevan dijadikan tauladan kepada sesiapa sahaja yang berkuasa. Omar bin Abdul Aziz yang amat terkenal dengan keadilan yang dilakukannya, semuanya bersebab beliau menjadikan kekuasaan yang diberikan kepadanya sebagai amanah dari Allah, dengan tidak menjadikan dinar dan dirham sebagai sesuatu keutamaan dalam hidupnya.

Hatinya yang bersih dan luhur, sekali-kali tidak pernah menjadikan hatinya berubah niat; beliau tidak pernah terlalai daripada melaksanakan amanah Allah dengan keseronokkan yang berbentuk kebendaan yang bakal binasa, malah boleh membinasakan manusia.

Walau beliau sudah berkuasa, yang sudah pasti banyak harta-harta negara berada di bawah kawalannya. Semua itu tidak pernah menjadikannya ”gelap mata”, malah semuanya dikawal dan dibahagikan kepada rakyat seadil-adilnya.

Padanya, harta negara adalah hak rakyat, tiada ruang satu sen pun untuk ”dipelahap” atas kepentingan dirinya sendiri, begitujuga pegawai-pegawai dibawah kekuasaannya.

Inilah contoh tauladan yang terlalu penting dipelajari. Tidak hairanlah, beliau amat disayangi oleh manusia. Keterbuktian itu amat terserlah, iaitu dengan kita dapat melihat bahawa sejak beliau menjadi khalifah, sehingga hari ini, nama beliau sering menjadi sebutan.