Pesanan To Budak VI

PESANAN KEPADA SEMUA X-VICTORIAN



PRk KERDAU


1. Ramai dah berangan-angan nak sewa rumah kepada pelancong politik dari luar.
2. Yang nak buka gerai makan 24 jam kat tol Temerloh.
3. Ada 4 bandar kalu nak booking hotel... Temerloh, Mentakab Jerantutt & Bandar Jengka

NOTA.. Harga makanan kat Temerloh ni mahal...kalah bandar Kuantan

Revolusi MESIR


Diambil DISINI

Bermula dengan pembunuhan seorang anak muda bernama Khalid ..Apabila dia telah menangkap gambar rasuah yang berlaku antara anggota polis dengan seorang penagih ..dan seorang blogger iaitu seorang anak muda telah mengetahui dan menyebarkan kes pembunuhan tersebut di laman sosial seperti facebook dan twitter dan atas sebab inilah lah revolusi ini juga digelar revolusi fB.Akibat dari inilah kebangkitan anak2 muda tidak dapat dibendung lagi..

Selain itu di Mesir adalah Negara yang paling ramai SB ataupun siput babi yang menangkap sesiapa saja yang cuba mengugat parti NDP pimpinan hosni Mubarak .Sb2 ini juga bersekongkol dengan mossat(Israel) & CIA(as).Anjing2 ini menangkap musuh2 politik NDP dan diseksa di satu tempat tahanan .Di tempat tahanan ini mangsa2 yg ditahan diseksa dengan begitu dahsyat.Penyeksaan yang paling ringan ialah dicabut kuku dan antaranya ialah memasukkan jarum ke dalam tubuh melalui jari tangan.

Penyokong Ikwanul Muslimin adalah yang paling ramai ditahan .Cara penahanan juga begitu jahat.Sekiranya yang hendak ditahan tidak dapat ditangkap maka keluarga mangsa pula ditangkap .

Dari segi pentadbiran pula korupsi begitu teruk sekali .Dikhabarkan menteri Kabinet di bawah Mubarak mempunyai asset berbillion ringgit dan yang paling rendah asetnya ialah 5.4 billion .Mubarak mempunyai tanah dan rumah di London,new york dan bayak lagi isterinya pula mempunyai 5 billion di swiss bank .Pelabur pula perlu memberi 50% kepada anak2 beliau sekiranya ingin beroperasi di mesir.Begitu lah begitu korup sekali pemerintahan regim mubarak ini..

Rakyatnya pula dibelenggu kemiskinan hampir 43% rakyat mesir berada di bawah paras kemiskinan dengan perbelanjaan seisi keluarga hanya rm6 sehari .Selain itu di mesir juga merekodkan kadar penceraian yang tinggi akibat kemiskinan dan terdapat hampir 600 ribu kanak2 terbiar di jalanan .

Hubungan mubarak dengan regim zionis dan amerika pula memang tidak disenangi rakyatnya .Paling tidak boleh diterima apabila tentera2 mesir menutup pintu gaza apabila gaza diserang dan menyebabkan lebih 1470 rakyat gaza terbunuh bukan itu sahaja malahan bantuan dari Negara luar juga disekat oleh regim mubarak.Bukan saja rakyat mesir malahan mencetuskan kemarahan seluruh dunia tetapi mubarak buat tak peduli.Rakyat mesir masih memendam kemarahan ..

Mengapa Mubarak masih boleh bertahan biarpun pilihanraya diadakan ?
Inilah akibat dari pilihanraya yang tidak adil ..SPR mesir dikuasai mubarak media pula hanya melaporkan kempen NDP .pembangkang dizalimi dan ditangkap terutama ikhwanul muslimin dan rakyat diugut.

DuN KerDAU

PRK dah datang jugak ke Pahang.

a. Kalu ada rumah untuk disewa masa nilah nak pau..
b. Mintalah apa sahaja.... BN akan bagi tapi sebelum hari mengundilah
c. Pemimpn akan menjenguk rakyat sehinggalah makan & bersila bersama
d. Ekonomi BOOOMMM

TemERlOH - Yang PopulAR



PatiN 3 rasa


Malam tadi dijemput ada solat hajat... dijamu Patin 3 rasa.. Okey gak...

LetAK JawAtAN???


Pendapat aku...

Presiden Mesir Mubarak tak akan letak jawatan kerana :-

- Perlu menjaga kepentingan YAHUDI ISRAE yang akan menyebabkan Palestine mendapat kekuatan baru melawan Yahudi
- ISLAM kembali beroperasi dengan lebih cemerlang di bumi Mesir
- boleh mengharubirukan pemerintah-pemerintah lain di sekitar tanah Arab yang lama memerintah negara


Cerita Di TENANG


Keputusan untuk UPU FELDA TENANG
Cikgu MALA - 185
Bekas ADO - 973

Hujan teramat lebat sejak subuh Ahad lagi. Kami terkandas hampir 12 jam selepas tamat waktu mengundi dan terpaksa balik dari Felda Tenang jam 5.00 pagi menggunakan jalan ke Yong Peng, naik Hiway PLUS, turun di Tangkak guna pulak jalan Gemencheh melalui Felda Bukit Rokan terus ke Bahau.... Sampai gak ke Temerloh. Disepanjang jalan air dah menghampiri gigi jalan ataupun terpaksa mengharungi air sedalam 1 -2 kaki. nasib baik menaiki kenderaan CRV sahabat..

Kesimpulan PRU Tenang.

1. Bukan ISLAM lebih mengenali adat dan hukum Islam terutama berkaitan bersalam dengan wanita yang manakala yang beragama ISLAM pulak makin kalut dan buat-buat tak faham.
2. Calon yang sentiasa membawa suami kemana sahaja ketika berkempen bersesuaian dengan kehendak ISLAM
3. Masyarakat FELDA masih lagi belum merdeka dengan kepercayaan mereka bahawa FELDA = KERAJAAN = UMNO

Diamana-mana sahaja terpacak bendera BN. Rumah asal peneroka FELDA




Sibuk bekerja sebelum hari mengundi

KTM pun berkempen jugak

Perayu undi BN... sebelum hujan lebat jam 9.34 pagi


11 pagi air makin naik... hampir 50 meter dari pagar sekolah




Pak Cik ni terpaksa tutup kedai kerana air dah masuk dalam kedai

Poster Cikgu MALA

12 tengahari longalkang besar dah dipenuhi air..

Dalam hujan lebat Muslimat dari Pahang ni gigih merayu undi sementara
memegang poster ditangan

Ketika keadaan masih tenang lagi... kedai ni sentiasa dipenuhi orang-ramai