Ke TenanG
FELDA Suka BermUsuH
DUN TENANG - RumAH PENEROKA
PelanConG PRK
UpIn & IpIn SetaNDiNG SPOOngebOOB
Jom dengar cerita dari "ALI SETAN"
KisaH TUNISIALagI
Di dunia Arab, Leila digelar Imelda Marcos Arab. Kisah yang meniti di bibir ramai ialah beliau adalah seorang pendandan rambut sebelum berkahwin dengan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Kegemaran beliau kepada kemewahan memang tidak dapat disangkal lagi. Meski berasal dari keluarga melarat, kegelojohan Leila di belakang kuasa suaminya iaitu Presiden Tunisia menyebabkan beliau dinamakan sebagai "The Regent of Carthage'. Carthage adalah sebuah kerajaan purba tidak jauh dari Tunis hari ini. Ia adalah kerajaan Phoenician pada pertengahan abad ke 9 sebelum masehi; seperti kerajaan-kerajaan agung lain ia hancur pada tahun 146 sebelum masehi. Laporan media menyebut Leila adalah kuasa di belakang Presiden Tunisia dan kegilaannya kepada kuasa, wang, kereta dan kediaman mewah mendorong kebencian rakyat Tunisia. Keluarga Presiden digelar oleh rakyat sebagai 'The Mafia'. Hari ini setelah keluarga Presiden terbirit melarikan diri dan dilindungi oleh satu lagi regim (Arab Saudi), rakyat masuk ke dalam kediaman mewah Presiden lalu menghancurkan kereta-kereta mewah tersebut.
Nesrine Ben Ali, 24, dan kakaknya Cyrine (dua anak perempuan Ali dan Leila) terbang melarikan diri ke Paris serta menginap di Disneyland Hotel, Paris. Di sana mereka mendiami VIP suites dengan harga lebih 300 euro semalam. Adalah dipercayai kekayaan keluarga Ben Ali berjumlah 3.5 bilion euro dan kebanyakannya dilonggokkan di Perancis. Bukan itu sahaja, akhbar Le Monde melaporkan keluarga Ben Ali berjaya melepaskan diri dari kebangkitan rakyat dengan membawa sama keluar harta berbentuk 1.5 tan emas. Hari ini, dalam satu sidang akhbar, pemimpin sementara Tunisia ditanyai wartawan, 'Benarkah Leila Trabelsi yang berkuasa dan bukan Presiden Ben Ali?' Perdana Menteri sementara, Mohammed Ghannouchi menjawab: "We have that impression." (klik sini) Ada orang mengatakan, di sebalik seorang lelaki (dalam hal ini kehancuran, bukan kejayaan) pasti ada seorang wanita. Sumber .. ambil kat sini
EtikA BerDoA
Baru Ada BanK??
PONTIAN - Buat pertama kalinya, kira-kira 20,000 penduduk Pekan Benut menerima kemudahan perkhidmatan perbankan termasuk mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Pejabat Pos Pekan Benut di sini, semalam.
Ia hasil kerjasama strategik antara Pos Malaysia Berhad dan Maybank dalam memberikan perkhidmatan perbankan perkongsian kepada pelanggan. SUMBER SIINI
PresidEn TerGulInG

MelayU ISlAM???
USB PenDrive Buat Hal
Curi MasA SibUk
Budak Pun TahU
PenInG
AYER KEROH, 1 Jan: Tiga pemimpin Dewan Pemuda PAS Jasin ditahan polis di Dataran Ayer Keroh awal pagi tadi atas tuduhan mengedarkan risalah tanpa permit yang melanggar akta mesin cetak dan penerbitan.
Ketiga-tiga mereka termasuk ketuanya, Aminuddin Abdul Jalil, 40; bendahari, Rashidi Ismail, 32 dan AJK, Daud Dalip, 24.
Mereka telah ditahan pada jam 12.15 pagi tadi selepas selesai mengedarkan risalah di Dataran Ayer Keroh pada program ekspedisi bertemu rakyat sempena sambutan tahun baru 2011.
Aminuddin berkata, sebaik sahaja selesai mengedarkan risalah mereka telah ditahan oleh ASP Mohamed Yusoff Basha dari Balai Polis Ayer Keroh.
"Kami telah disoal siasat di Balai Polis Ayer Keroh sehingga jam 2.45 pagi dan dipindahkan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Bandar Hilir.
"Soal siasat tersebut berlangsung sehingga jam 12.00 tengah hari baru kami dibebaskan dengan jaminan polis," katanya yang juga bekas calon PAS Dun Sungai Rambai pada Pilihan raya Umum 2008.
Menurutnya, penahanan itu tidak melemahkan semangat beliau dan rakan-rakannya untuk terus membongkar segala penyelewengan dan salah laku kerajaan negeri Melaka dan kerajaan pusat.
Beliau berkata demikian sebaik dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, petang ini.
Daud pula kesal dengan tindakan pegawai penyiasat polis yang tidak membenarkan mereka menunaikan solat Subuh sehingga waktu solat hampir habis baru dibenarkan.
"Saya minta untuk solat Subuh tetapi polis tidak benarkan sehingga 5 minit hendak habis waktu baru saya dibenarkan untuk solat Subuh.
"Ini merupakan satu tindakan yang zalim dan melanggar hak asasi saya sebagai orang Islam, lebih malang lagi pegawai itu pun Islam juga," katanya kesal.
Rashidi pula berkata, tindakan polis menahan mereka merupakan tindakan yang tidak masuk akal kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia sepatutnya bebas menyuarakan pandangan dan idea masing-masing.
"Kami tidak menerima sebarang bantahan atau cemuhan dari para pengunjung Dataran Ayer Keroh itu, cuma pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPTHJ) yang bersikap kasar menghalau kami.
Menurutnya, penahanan beliau bersama rakan-rakannya itu merupakan satu pencabulan kepada kebebasan bersuara rakyat yang melambangkan bahawa negara ini adalah sebuah negara yang tidak bebas dan sentiasa mencengkam rakyat.
Kira-kira 30 orang pimpinan dan ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka hadir pada program Ekspedisi Dakwah yang bermula pada jam 11.00 malam tadi.
Program tersebut diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek.
(Dari HarakDaily)
KALU EDAR KEPUTUSAN NOMBOR EKOR MUNGKIN TAK SALAH!!


