MinYaK NaIK!!!


Minyak RON97 naik RM2.30
RON95 harga lama..
kenapa tak naik???
Tak aci la ,,,,
Kalu naik mat motor marah
Berita di Utusan Onlien kecil je... cerita hari nih...

Masjid Kg Mengkarak




Sempat solat Jumaat di Masjd Kg Mengkarak menghala ke Triang ... cerita Jumaat lepas... Tok bilal umum nak gotong-royong tanam pokok sawit kat tanah kosong... Bagus jugak...Sawit nak RM700/tan woohhhh... Semua dijemput hadir.... termasuk anak muda...

NILAI 3

Nak ke MAHA... sangkut kat tol Serdang

DiNILAI

Karpet jugak


Cari jalan nak ke KL

Menghampiti TOL Nilai

Belakang Masjid Jalan DUTA... dulu hutan je tempat buang sampah


Petang Ahad sempat gak ke Nilai 3.. Berhampiran dengan Nilai Imian hotel aak aku. Deme kata murah dan bayak pilihan... Memang banyak cuma hrga aku tak tanya sebab bukannya datang nak membeli cuma nak melihat tempatnya sahaja.. Cuma bekas kawasan perindustrian yang kurang memberansangkan lalu ditukar menjadai kedai menjaual alatan perkahwinan, kain-kain, karpet dan macam-macam lagi... Bramainya to syeikh jual karpet dibantu mat Bangla...


Dari SabTu - Di KL


Sejak petang semalam aku dan keluarga berada di KL. Petang nih ke nIlai hantar anak ke USIM untuk semester 2 Asasi Nilai N9... Dengan bajet yang tight... kiri kanan kena keluar bajet....

UbAN

Ehhh... Rambut ayah dah ada uban la!!!.Komen anak aku yang kecik sekali. Nak buat macammana dah sampai tima dia nak tukar color terima jelah. Awal 40an dan ada san siit, sini sikit tu tak sampai 50 lagi.Mungkin semua dah jadi putih kot nanti... Dulu-dulu aku rasa bila umur mencapai 60 atau penghujung 50 baru le ada uban... Sekarang ni tak dah 40an pun dah naik uban. Tu tandanya .. faham-faham jelah...

Tapi sekarang nih budak-budak umur 20an pun minat dah nak beruban nih... Yelah gi kedai color rambut lagi...

SifaT2 RASUL Vs SifAT PemiMpIn NegArA

1. Siddiq - benar
2. Amanah - jujur/ikhlas(tidak menyembunyikan)
3. Tabligh - menyampaikan
4. Fatonah - ilmu/bijaksana

SIFAT2 RASUL
Memilih pemimpin menerajui negara hari ini ciri-ciri tidak ramai mengambil peri pentingnya, kerana ramai yang tidak faham akan ajaran ISLAM yang sebanar setakat belajar untuk tahu saje. Sepatutnya ciri-ciri diatas diaplikasikan dalam memimpin negara barulah selayaknya digelar Khalifah

PRU daH DekAT


Keaadan biasa di Pahang terutama
di Jerantut
Orang kampung kata PRU dah dekat!!!

Bersunat @ BERkhATAN

Aku masuk rancangan tahun 74
Semua pelajar dari darjah 1 - 6 ada 32 orang je
Kelas aku ada 6 pelajar je termsuk budak pompuan

Masuk darjah 6 dengar cerita kami akan disunatkan
aku dan 2 lagi rakan sekelas.
Cuti sekolah bulan Disember jadi pilihan
Ambik mudim kampung
Diimpot dari Lubuk Kawah dekat Temerloh
Seingat aku

Kenduri sakan di blok kami
meriah jugak sambutannya
dari pagi sampai tengahari
kerana kami bertiga akan 'diganyang'
juga julung kali diadakan

Awal-awal pagi kami dimandikan
Sejuk menggeletar rasanya
Dipaksa pulak telan PANADOL
Berwarna putih, besar dan bulat
Ubat tahan sakit katanya

Aku No 2...
Yang pertama dah meraung sakan....
Dibalun dek tok mudim yang berjanggut putih
tanpa rasa belas kesian
Kini dia dah menjadi askar
lambang lelaki berani


Kini aku pulak diheret ke 'singgahsana'
Batang pisang yang sejuk
Disuruh mencangkung
lutut dbengkokkan
tengok tok mudim berusia lewat
bersongkok hitam setaraf jawatan
Ada beg James Bond dipegang erat
mungkin pisau tersorok disitu

Masa kian hampir dekat
Tangan, bahu dan lutut dipegang orang
Mata dipejam mencongak ke atas
takut terperi teringat macam-macam
tak sakit... tak sakit... kata hatiku
Aduhhhhhhh..... menjerit jugak akhirnya
Ubat tahan sakit tak menjadi... cisss..
semuanya bergelak dan tersenyum
bila selesai
kena dipapah ke tempat beradu
sakit tak??? tanya Pak Cik dan Makcik...
malas menjawab menahan sakit

Sakit, pedih tak terperi
sampai 3-4 hari
'disembelih' hidup-hidup
walaupun tadi disembur sireh dan kapur
dari mulut Tok Mudim

Keluar jugak si air mata
tapi aku rasa dewasa

Maka tergantung kain dipuncak atap rumah
Ada budak pompuan pulak datang melihat
di tepi tingkap sambil tersenyum
melawat dan berziarah katanya
banyak pulak soalannya
malu kepalang dipandang orang
nasih baik jadi hak orang lain
Kalu tidak ???

Coretan bersunat dulu-dulu... Kisah benar

Ni batang pisang tempat operasi
'Sipenyembelih'

ISterI MenawAN

Isteri 'menawan'
Adakah seorang rupawan
Menjadi jamuan mata tiap lelaki lain bila berjalan bersama

Bijak mengurus rumahtangga
juga kerenah anak-anak kecil
juga yang meningkat remaja

Yang saban tahun kerap melahirkan anak-anak
hasil tuaian cinta selama ini.

Yang sentiasa bersama
membantu dan menghulur keringat
dikala sisuami ditimpa musibah
dan kesmpitan ekonomi

ATAU

Yang membenarkan bermadu
Untuk kali ke-2 mahupun kali ke-3

ATAU macam mana????


SapE TiPU? RakYAt TertIpU???


Cerita MATA LEBAM DSAI....
Info panjang lebar cerita isu MATA LEBAM
dan Gani Patail BACA SINI

ANAK


Bapak bukti Anak berjaya
Nazri Abdullah - DARI HARAKAHDAILY.NET

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang diumumkan kerajaan semalam membuktikan usaha Anak selama ini berjaya.

Anak atau nama penuhnya Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, ditubuhkan bagi membuka mata kerajaan tentang permasalahan peneroka Felda, kata pengerusinya, Mazlan Aliman.

"Penubuhan biro ini saya anggap satu pengiktirafan kepada Anak yang kita tubuhkan.

"Hasrat penubuhan Anak adalah bagi merangsang kesedaran semua pihak terhadap masalah peneroka dan kita telah berjaya buka mata mereka," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Biarpun mengalu-alukan penubuhan biro itu, Mazlan berkata ianya tetap terkebelakang kerana sepatutnya ia ditubuhkan sejak awal penubuhan Felda lagi.

Beliau juga mendakwa penubuhan tersebut tidak lebih dari 'gimik politik' Umno menutup kelemahan Felda menjelang PRU 13 yang dijangka tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya, Anak sedia bekerjasama dengan Bapak untuk menyelesaikan kes tertunggak peneroka yang ada.

"Tak ada masalah Anak nak tolong Bapak, tapi kalau Bapak tak boleh harap, biarlah Anak yang buat," katanya sinis.

Untuk permulaan katanya, Anak akan menyerahkan 20 kes yang ada pada mereka kepada Bapak.

"Kita nak tengok Bapak boleh tak selesaikan 20 kes pertama ini dalam masa seminggu seperti yang dijanji Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

"Kita cabar mereka tunjukkan keikhlasan dan komitmen untuk bantu masalah peneroka di 317 tanah rancangan," katanya.

Anak sebelum ini dikenali sebagai NGO yang membela nasib peneroka yang dinafikan hak oleh Felda.

Ianya termasuk isu wang tanam semula yang dimenangi peneroka di Pahang dan Kelantan.

Mazlan juga mendakwa nama Bapak yang diumumkan itu seolah-olah menciplak nama NGO yang telah ditubuhkannya sebelum ini untuk menangani masalah peneroka Felcra.

NGO Bapak sepatutnya akan dilancar pada 26 Disember ini bertempat di Ipoh, Perak.

ANAK VS BAPAK

Kini BAPAK dah ditubuhkan
Sebelum ini anak bermaharajalela
minta itu minta ini...
rupanya siBAPAK ASIK mendiamkan diri
kini barulah keluar wajah si BAPAK
yang dterajui orang kuat air Malaysia

BERITA SINI

BiKIn SPeK



Aku pakai cermin mata semenjak Form 2
Zaman awal 80an Kedai Son Cheong Mentakab jadi pilhan
Sekarang pulak dah berkeluarga
2 orang anak aku pun pakai spek
masih lagi berurusan dengan kedai yang sama
Mudah berurusan
Aku cuba cari kedai orang KITA
tapi duduk kat 5 minit tak ditegur sapanya
walaupun ada cawangan sana-sini.
Tapi tak pe bermuamalat dengan bukan MUSLIM ...

DiBenARkAN

Mula-mula tak nak parking sebab ada paip BOMBA...
Tapi kena parking lot ni siap ada petak seperti yang lain dan no lot parking lagi
Last-last parking gak
sebab Temerloh nih parking payaj terutama area bus stand..
Mungkin keuntungan lebih dari keselamatan kot...
Hari nih terpaksa tak ambl peduli plak

BN- LoGO BarU

Diperkenal tahun 1957 sebagai Parti PERIKATAN

Dari UTUSAN MALAYSIA 21/11/10Logo, warna lambang BN bakal berubah

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Logo dan warna dacing pada lambang Barisan Nasional (BN) mungkin akan berubah. Ia antara kejutan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen BN, 28 November ini.

"Perubahan-perubahan lain akan kita umumkan pada hari konvensyen itu. Ada sedikit perubahan dari segi logo dan warna. Saya akan umum pada hari itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Najib berkata, segala persiapan konvensyen yang akan diadakan di Wisma MCA di sini sedang berjalan lancar mengikut jadual.

LOGO BARU KALI NI MACAMMANA AGAKNYA....??????

DEsain semenjak 1973 lagi....

Songkok Hitam VS Kupiah Putih


Songkok Hitam
Dibalut baldu lembut sekali
Boleh ditempah mahupun beli sahaja di Emporium Cina
Saiz biasa ataupun tingi untuk yang gagah PERKASA
Boleh dipakai dimana-mana
Tiada larangan untuk cikgu-cikgu
Mahupun di TV
Wajib kepada yang NON-MUSLIM
Untuk dipakai di majlis tertentu
Kupiah Putih
Murah ada mahalpun ada
Dari RM2.00 buatan Cina
Lebih digemari oleh golongan marhaen
Walaupun murah dan diminati
Banyak pantang-larangnya
Tak boleh masuk TV
Tak boleh pakai kat sekolah waktu mengajar
Silau kata mereka

Nota Untuk DirIKu

Rajin-rajinlah membawa kakimu ke masid dan ke majlis agama
Sebelum kau langsung tak dapat memijak di kaki masjid
dek Gout mahupun stroke

Rajin-rajinlah mendengar ayzt-ayat suci Al-Quran dan ilmu agama
sebelum kamu langsung tak dapat mendengarnya kerana pekak dipenghujung usia

Jagalah mata ketika mudamu
dengan 'menyelak' Al-Quran
sebelum manfaat MATA ditarik balik dipenghujung usiamu

KORBAN

Lembunya... yang diternaksendiri oleh anak sedara

Sekitar KORBAN di Kg Seboi.

Barisan 'peserta' - mysife, anak sedara, kakak ipar, anak sedara, anak sedara

Susu getah..

Penuh tumpuan

Menarik perut..

Tempat mesin getah zaman dulu-dulu

Cikgu Mahmud - episod mematahkan tulang

SOlat Raya di RAncAngAN


Kali nih aku solat di rancangan.Bukannya apa... Masjid biasanya tak muat Yang ambil peluang slat 1tahun 1kali pun ada dan macam-macam lagi. Mungkin kali ni raya tengah minggu jadi ramai yang tak balikjadi taklah bersesak-sesak.





SEMINT AJE

Terima eamil dari APAMZ x UITM... aku copy paste ke blog nih untuk tatapan semua

SEMINIT SAJA

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem 1 jam.


betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan nyanyi dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.


Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.
ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERfIKIR-fIKIR. ..?
Sebar luaskanlah & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH
DAN PENYAYANG.
Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak
orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka
masih percaya akan sesuatu?