FahAM TaK???

Program Juara Rakyat Bukan Untuk Kepentingan Politik - Noh

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Noh Omar menegaskan bahawa Program Juara Rakyat anjuran Barisan Nasional (BN) bukanlah atas kepentingan politik.

Sebaliknya program yang dilancarkan Januari lepas itu juga adalah platform penting bagi kepimpinan BN mendapat maklum balas daripada masyarakat dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka, kata beliau.

"Juara Rakyat bukan tujuan politik, Juara Rakyat nak jadikan BN sebagai juara menyelesaikan masalah rakyat, sebagai juara untuk menjaga kebajikan rakyat dan sebagai tempat untuk rakyat mengadu," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian pada majlis penutup Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Seputeh anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh dan Umno Bahagian Seputeh, di sini.

Katanya perkara itu juga terbukti apabila program Juara Rakyat yang dianjurkan BN tidak hanya tertumpu kepada kawasan yang dikuasai BN tetapi juga diadakan di kawasan parti pembangkang.

-- BERNAMA

BN BUKAN PARTI POLITIK!!!!!


0 comments:

Post a Comment