Harga MinYaK VS HargA EmAS


Coretan ni aku ambik dari blog lain... Amat menarik sebab melibatkan pengurusan dan halatuju simpanan emas negara...

Kalu sayang bini beli la gelang EMAS banyak2.. lagi elok

Blog desain baru

Ni kali ke-2 blog ni bertukar wajah. Dah hampir 1tahun tak bersolek kini aku tukar design & color yang aku suka. Gua suka warna putih.. tak tau kenape sampai bini aku marah kalu beli baju mesti warna putih...termasuk yang anak-anak...

Gajet tak sempat nak paste lagi... Ni pun ambik masa lama terutama bab memilih theme.. Disebabkan blog jugak aku ada 2-3 orang anak murid yang kini info dari blog tu menjadi rujukan berita rakyat marhaen untuk dimuatkanb diakhbar alternatif.

Sebab apa ada blog? Aku pun tak reti nak jawab.. mula-mula saje-saje, lepas tu naik syok, lepas tu ketagih, lepas tu dah sampai tak sempat nak updating info... Ada orang buat duit ribu2 dengan blog. Tak de lah sampai peringkat nak terkenal macam RPK, TUKAR TIUB atau lain2 lagi... Dapat kenal ramai rakan terutamanya yang lama dan baru dah cukup..

Ada WAkIL


Kepada sahabat-sahabat, beriltizamlah untuk mendidik anak moga ada diantaranya bergelar AL-HAFIZ....Kena pulak dah lepas exam UPSR ni..

Cubaan amat berat tak kira kepada diri sendiri dan keluarga. Pengalaman aku, semenjak anak darjah lima lagi dah bercadang nak antar ke TAHFIZ...mula-mula survey harga dan kos, konsep pengajian (ada akademik atau tidak)... dah jumpa tempat, tengok kemudahan pulak...Macam-macam benda yang perlu dipertimbangkan. Saranan dan idea dari kaum keluarga tak payah cerita lah... dugaan2

Last-last aku hantar jugak yang berdekatan dengan rumah (30 minit perjalanan). Walaupun tak ambik akademik (setakat nih), takpe lah... INSYALLAH akan berjaya juga menjadi manusia yang berguna untuk diri sendiri, keluarga dan AGAMA...

Dah dapat masuk dan mula menghafaz lagi le banyak dugaan,... tak seronok, tak de kawan..macam2.. sekarang pun ada peel lagi... TAPI hasilnya kita akan dapat didunia yang satu lagi... INSYA'ALLAH
(bertanda bulat.. anak aku)

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. . Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak!!!
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.


Saling berpesan2lah sesama kita........ .
Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT

SaMaN



Kejadian : Rabu 28/10/09 ..10.00 Lokasi Jalan Triang - Temerloh

Dah lebih sepuluh tahun aku tak kena saman dek abang polis... last-last kena jugak...kesalahan brek ke-3 tak menyala... Cina yang garu kepala tu pun kena saman macam aku jugak...

Dulu aku pernah kena saman, lepas tu bayar kompaun, tapi surat naik mahkamah mamat tu hantar jugak.... Aku komplen, Sarjan tu kata komputer silap....Memang dasar cekap sungguh buat keja puak nih!

eBila dia tengok lesen aku,aku terperasan ohhhh nak mampus dah bulan Novembr ni kena bayor pulak .. DUIT LAGI...

nAK maKan??


Aku jumpa gambar nih... sedap kot!!

LAGI KAT SINI

Upin& IpIn Bersama AnAK


Hari nih anak yang last sekali si AMMER malas nak gi PASTI... Sibuk nak tengok CD UPIN & IPIN (Pengembaraan Bermula)yang baru dia beli, walaupun dah tengok berkali-kali kat rumah sepupu dia dan kat YOUTUBE sampai boleh hafal dialog..

Jadi aku pun join jugak la nak layan dia... Memang terangkat cerita nih kena dengan budak-budak dan mak/bapak budak jugak ...Aku tengok sampai abis sambil dia bercerita sakan lepas satu babak ke satu babak, yelah kalu aku tengok pun kejap je lepas tu belah... Lama tak tengok 'wayang' dengan anak-anak nih...

Kena selalu buat macam nih... tapi anak-anak dah besar kena cari cerita yang sesuai la..

SanGkUt





Pagi nih awal lagi kami bersiap ke kebun nak membaja... dah hampir sebulan tak menjengok kebun... Mingikut perkiraan bulan Mac depan ni kebun ni akan mengeluarkan sawit 'sulungnya'..Tapi lain pulak jadinya.. Anak sedara aku call lori sangkut dalam air dan mati pulak...Tak sempat nak ambik baja lagi... Malam tadi hujan lebat dan lama.... Last-last tak pegi membaja jugak...

Bersama CMK Bloger PahangDailyOnline


Petang semalam masih sempat berborak dan pekena teh tarik bersama Cucu Mat Kliau(CMK) bloger dari Pahang Daily Online. Banyak jugak dengar tips untuk mempopularkan blog. Dia amat terkenal dengan cerita-cerita sensasi politik NAJIB, ALTANTUYA, SAIFUL BAHRI dan lain lagi terutamanya kat Pahang...

KuliAH DhUhA

Sabtu lepas 24/10 berlangsung Kuliah Dhuha yang pertama kali diadakan di Kerdau bermula jam 9.00 pagi. Pada hari dan waktu yang sama juga ada kepakn sehari kat situ. Kuliah ini akan diadakan pada setiap minggu...Kali ini ianya disampaikan oleh dato' Tuan Ibrahim Tuan Man..dengar cerita Ustaz Ismail Kamus pun akan dijemput..




BAJET NAjIb

Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.
2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.
3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.
4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.
6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.
7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.
8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).
9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.
10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.
11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.
12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.
13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.
14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.
15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.
16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.
17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.
18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.
19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.
20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 % kepada 26 % berkuatkuasa tahun taksiran 2010.
21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.
22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.
23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.
25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.
26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.
27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.
28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.
29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.
30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. BERNAMA

PassworD/KataLaluAn/PiN NO



Dek perkembangan teknologi semasa semua kita terpaksa menghafal dan mengingati password/katalaluan.. dari kat opis nak login system hinggalah nak keluar duit nak beli susu anak... 25 tahun dulu tak seteruk ni.. paling jauh pun aku kena ingat pin no akaun GIRO(BSN) nak keluar duit biasiswa BKP ataupun duit bank.... la nih... macam-macam password/pin no kena ingat.. antaranya HP, email la... blog lagi pah tu nak tambah gadget kat blog nak jugak password... FACEBOOK... Maybank2U... tu dalam kehidupan harian kita untuk berurusan dialam maya dan tak maya ni..

Sampai PIN NO pun manusia boleh buat business. Yelah lepas result SPM keluar... Seperti nak apply POLITEKNIK, pakat berebut nak beli PIN NO kat pejabat pos sebab kena isi form secara ONLINE.. Sape yang terfikir business macam ni pun boleh buat duit & kaya raya..

Kalu tak ingat macama mana??. Kalu biasa guna Mayban2U jawapnya tak boleh login system tu.. kena updating balik... kalu yang lain seperti email, kena pulak tanya administrator dia...kacau.. kacau..

Macam mana pulak urusan kita kat dunia yang satu lagi apabila nyawa dah diambik.. Pakai password jugak ke??? Takkan tak pakai kot... Kataluannya tentulah ISLAM tak de yang lain.. tapi nak ingat katalaluan nih, kenalah buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang... Kalu tak ikut jawabnya merengkok kat NERAKA la...Sebab kantoi dengan PASSWORD...

JAtuH CinTA!


Baru sampai dari KL...Petang semalam aku jumpa member dok bincang pasal teknologi ... tiba2 dia bawak keluar IPHONE dia... terus teruja... Jatuh cinta pandang pertama kat kecanggihan teknologi APPLE....

Oleh kerana aku dah ada HP mungkin guna IPOD pun jadi kot, kena pulak bajet kurang.. Sempat juga nak bincang nak buat HP application guna JAVA... ambik yang OPENSOURCE, lepas tu coding balik + combine dengan application GOOGLE... wah.. boleh jual online... angan2 jelah...

Harga MinYak

Seperti diramal harga minyak kembali meningkat ke paras melebihi USD80 ...mungkin sebab pentadbiran OBAMA nak anta lagi askar-askar ke Afghanistan dan IRAQ. Kemungkinan jugak lawatan PM British ke Asia Barat seperti Palestin & Israel untuk membincangkan pembelian senjata baru tak diketahui...

Apapun tunggulah bajet Jumaat esok untuk mengetahui nasib harga minyak diera NAIB baggaiama formula kiraaan harga minyak dia ...

AHAD SEMALAM

Dari pagi lagi aku & wife berada di AZ-ZAHRA bersama-sama menguruskan program jamuan raya untuk anak-anak AZ-ZAHRA'. Sampai tak ingat nak bawa AMMAR ke bandar seperti yang dijanjikan pada sebelah pagi..

Tengahari balik rumah kejap dan dia ajak keluar.. terpaksa janji dengan dia lain kali pulak sebab masa dah suntuk dan terpaksa ke PASTI untuk program sebelah petang pulak..Selesai program di PASTI hampir 7 malam

Sebelah malam kena hantar kakaknya pulak ke TAHAP Jerantut...Malam balik tidur kat rancangan menemankan emak kat kedai. Cerita kat dia sebab lewat kami buat jamuan kat PASTI kerana aku dah janji dengan dia sebelah petang. .... Pagi 6.45 (ISNIN) dah bertolak ke Temerloh pulak...

8.15 pagi dah di PASTI... sempat lagi bincang dengan Ustaz Fairus untuk program bulan November nih pulak.. Aku dok berkira-kira turun KL Selasa kot...

ISnIn depan - kerjA Karut

Isnin depan ni e KL lagi untuk 'memigrate' dan testing data-data baru yang aku convert ke MS SQL Server... Sepatutnya buat awal Oktober tapi client sibuk dengan kerja-kerja billing jadi terpaksa ditunda.. Billing dia main 5 angka kadang-kadang terlompat ke 6 angka... staff ada 7 orang je... Yearly income >1M.. Memang 'Return on Staff employed' dia tinggi (analisa kewangan le)

Benda-benda ni aku tak pernah belajar dulu , main hentam je... Fikir-fiklir balik selama ni apa yang kita belajar kat 'U' atau semasa sekolah mungkin tak de kaitan langsung dengan pekerjaan sekarang nih... Akibat pergaulan, persekitaran, minat, perkembangsan semasa, ekonomi, peluang yang menjerumuskan kita ke dunia pekerjaan yang pelik2..

Tu yang aku buat posting bertajuk kerja KARUt....

Aku dAn TekNolOgI


1983
Aku mula kenal komputer masa kat VI KL lagi. Masa tu form 4.. Ada kawan sekelas nama dia Zainal terlibat tubuhkan Kelab Komputer. Tapi yang jadi ahli kebanyakkannya 'warga atasan' bangsa Cina,India dan Melayu... Kami yang mari dari FELDA anak peneroka lagi, nganga saje tak berani nak join..Kelab Komputer adalah kelab elit...

1985-86
Masuk ITM.. Barulah aku kenal dan usik betul-betul PC. Macam tak percaya je bila dapat tengok/pegang keyboard dan monitor seronok sungguh... Kami belajar Basic programming... ke hulu ke hilir bawa disket kertas bersaiz 5 1/4"... Subjek komputer memang aku score A-.

1991
Dapat beli PC pertama jenama ATARI.. harga dekat 7K... mahal giler-giler... Program kegemaran LOTUS 123

1996
Biz aku down, kena keja dengan orang. Company tu ada internal system... Sistem untuk Pemaju Perumahan.... Aku bikin havoc kat database server, 1 minggu tak boleh tengok/updating rekod pembeli... (masa tu guna programming Clipper)

1997
Aku terus melibatkan diri dalam programming seperti MS ACCESS, VB & SQL Server... kebanyakan aku belajar sendiri..

2007
Orang sibuk dengan blog... aku jugak... belajar buat sendiri sampai boleh ajar orang lain... Dan aku terus mengenali JAVA pulak tapi tak sempat belajar...

2009
Dah naik boring pulak sebab sakit kepala memikirkan 'kepayahan' dan teruknya nak support pelanggan jika berlaku problem.. Aku tak ikut rate sebenar untuk charge client... Takut naya pelanggan.. tapi aku yang naya.. Mungkin aku akan tinggalkan bidang programming ni sikit demi sikit...

Aku berkira-kira buat bookeeping pulak tapi guna software ...sebab background aku accunting

Cari SahabAT 'ISA'




Petang tadi selepas ambik anak aku kat asrama di Jerantut, terus pegi cari sahabat lama yang baru sahaja 'graduasi' dari Kem Kamunting Perak.. tengok keadaan badan slim sikit dari dulu mungkin banyak 'mentelaah' dan hampr 5 tahun menetap disana...

Tak dapat cerita panjang-panjang sebab nampak dia sibuk sangat 'bekerja'... Aku sertakan jelah gambar-gambar disekitar Jerantut...

BAnnEr





Petang semalam pegi tengok pemasangan banner untuk cadangan PASTI AZ-ZAHRA 2 kat Jalan Bahagia...

sEDeKah

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb :

Z ”Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah”.
Z Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah”.
Z ”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah”.

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah. Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at, misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

BACALAH...

Dikutip dari SINI

Strategi Syaitan Menjerumuskan Manusia
Ditulis oleh nzbahar
Sunday, 23 September 2007
Sumber : kiriman seorang sahabat :
Judul Buku : Strategi Syaitan Menjerumuskan Manusia Menelanjangi strategi Jin)
Pengarang : Ustadz Aam Amiruddin

Strategi Syaitan Menjerumuskan Manusia

Sebelum kita mengetahui strategi syaitan menjerumuskan manusia, ada baiknya terlebih dahulu mengetahui Visi dan Misi syaitan.Visi syaitan adalah memperbudakkan manusia dan Misi syaittan mengkondisikan manusia lupa kepada ALLAH SWT.

Adapun strategi syaitan untuk mewujudkan visi dan misinya adalah sbb :

1. Waswasah
Waswasah ertinya membisikkan keraguan pada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal soleh. Saat kumandang azan subuh dan tubuh kita masih dililit selimut, terdetik dalam pikiran kita, "Nanti lima minit lagi". Ini adalah waswasah. Kenyataannya bukan lima minit tapi satu jam, akhirnya Sholat Subuh terlambat bahkan tidak solat.

2. Tazyin
Tazyin artinya membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala yang berbau maksiat biasanya terlihat indah, Misalnya, mengapa orang yang 'berdating' lebih mesra daripada suami-istri? Berdua-duaan saat 'berdating' lebih mengasyikkan daripada setelah menikah. Ini karena ada unsur tazyin. 'Dating' itu maksiat, sementara nikah itu ibadah. Maksiat disulap oleh setan sehingga terasa lebih indah, nikmat dan mengesankan. Inilah yang disebut strategi tazyin.

3.Tamanni
Tamanni artinya memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan. Pernahkan terdetik niat akan Solat Tahajjud saat merebahkan badan di tempat tidur? Namun pada jam tiga pagi, jam loceng berbunyi, kita cepat-cepat mematikannya lalu meneruskan tidur. Pernahkan kita ingin bertaubat? Namun pada saat maksiat ada di depan mata, kita tetap saja melakukannya. Ironisnya ini berlangsung berkali-kali. Inilah yang disebut strategi tamanni.

4. A'dawah
A'dawah artinya berusaha menanamkan permusuhan. Syaitan berikhtiar menumbuhkan permusuhan di antara manusia. Biasanya permusuhan berawal dari prasangka buruk. Supaya manusia bermusuhan, syaitan biasanya menumbuhkan prasangka buruk.Karena itu waspada kalau kita berprasangka buruk pada orang lain, sesungguhnya kita telah terperangkap strategi syaitan.

5. Takwif
Takwif artinya menakut-nakuti. Pernahkah merasa takut miskin karena menginfakkan sebahagian harta, takut disebut alim karena datang ke majlis taklim? Kalau kita pernah merasakannya, inilah strategi takwif.

6. Shaddun
Shaddun artinya berusaha menghalang-halangi manusia menjalankan perintah Allah dengan menggunakan berbagai hambatan. Pernahkah anda merasa malas saat mau melakukan solat, atau mengantuk saat membaca Al Qur'an meskipun sudah cukup tidur? Ini adalah gejala shaddun dari syaitan.

7. Wa'dun
Wa'dun artinya janji palsu. Setan berusaha memujuk manusia agar mau mengikutinya dengan memberikan janji-janji yang menggiurkan. Akhirnya manusia mempercayainya. Misalnya, banyak kes seorang wanita menyerahkan dirinya pada teman lelaki karena dijanjikan akan dinikahi, namun setelah hamil sang pacar meninggalkannya begitu saja. Dia tidak mau bertanggung jawab. Inilah contoh wa'dun atau janji palsu dari syaitan.

8. Kaidun
Kaidun artinya tipu daya. Syaitan berusaha sekuat tenaga memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak. Pernahkah saat diberi tugas, kita berpikir nanti saja mengerjakannya karena waktu masih lama? Ternyata setelah dekat waktunya kita mengerjakan asal-asalan dan tergesa-gesa sehingga hasilnya tidak optimal atau ada kemunginan pada waktu yang ditentukan pekerjaan tidak selesai. Strategi ini disebut kaidun.

9. Nisyan
Nisyan artinya lupa. Sesungguhnya lupa itu adalah hal yang manusiawi. Lupa memang sesuatu hal yang manusiawi, tetapi syaitan berusaha agar manusia menjadikan lupa sebagai alasan untuk menutupi tanggung jawab. Pernahkan kita lupa menunaikan janji? lupa solat? Kalau sesekali itu bisa disebut manusiawi, tetapi kalau sering dilakukan berarti terjebak strategi nisyan.

Demikian ringkasan tentang strategi syaitan. Semoga kita dapat mencermati dan berusaha agar tidak terjebak strategi setan laknatullah (setan yang dilaknat Allah)

Harga MinyAk Naik!!

Pagi nih. harga minyak mencecah US74.90... ada harapan nak naik lagi kita tengok dalam minggu nih kalu naik lebih US80.00..

PoninG


Ni ringkasan bualan aku dengan generasi pertama kat FELDA baru nih...Tarikh 10/10/09

1. Nama dia Mohamad Yusof B Zaina. Panggilan Yusof Nogori. Umur 65 tahun. Tahun masuk rancangan 1975. Berasal dari Simpang Pelangai, N. Sembilan.
2. Kebun buat sendiri... tanam sawit.
3. Anak 5 orang semua pompuan , keluar 'U' belaka... semua cikgu KL(3) Melaka(1) dan Johor(1). Salah seorang menantu dia kawan aku kat UiTM dulu... sedara Arash(DPA) budak Gunung Senyum Temerloh Pahang.
4. Kini tinggal berdua dengan isteri sahaja...
5. Rumah pun telah diperbaiki dan besar...
6. Bila ditanya sape nak jaga kebun nanti?? Diapun senyap... tak tau le... harap-harap ada ada anak aku yang balik nanti tengok-tengokkan kebun.... lalu termenung jauh senyap je...

Itulah harapan generasi peetama di semua rancangan FELDA kat Malaysia...Masalah ini banyak berlaku kepada anak-anak yang berjaya dan bekerja diluar rancangan. Kalu yang hampeh (tak menjadi) tu tak de masalah le... Payah jugak kalu anak-anak ni semua pandai-pandai, masuk 'U' dan kerja besar.... Last-last tinggal berdua...

PMR Dah ABiS


Semalam paper last PMR, Bahasa Arab & KH... Kali ni aku tak tanya banyak kat anak aku pasal periksa, saje tak nak bagi dia tension... Kena pulak minggu pertama periksa dia tak sihat batuk & lelah.. Subjek akademik memang dia sederhana berbeza dengan subjek Arab dan berkaitan dengannya..Trial baru nih pun subjek ARAB, PI dan Sejarah je yang A , yang lain B,C,D... Tak pe lah... SPM ada lagi... Cuma cita-cita dia nak ambik STAM... Moga berjaya!!

Duduk diam-diam

Payah jugak nak menulis hari ni ... kering idea.... cukup esok sambung pulak....

AktiViti Hujung Minggu

1. Jamuan raya MTD Kerdau - Sabtu 515 Petang






2. Pekena Roti Canai bersama anak-anak - Ahad 530 petang



AwAl PagI



Pagi ni awal-awal lagi aku balik ke rancangan. Bawa 2 orang anak .... Pukul 6.55 pagi dah sampai. Biasalah pagi Sabtu ni biasanya kedai kopi orangtua aku ramai orang sebab ramai anak-anak balik ke FELDA... pukul 9 pagi nasi lemak dah abis...

Mereka masuk rancangan tahun 74 dan tahun 76 lagi ayah aku dah bukak kedai kopi ni jual nasi lemak sehinggalah ke hari ni.. Aku masuk U pun dengan duit nasi lemak ni jugak....

Berita menarik!!! Tak de ape.. cuma aku sempat berborak dengan generasi pertama tentang...jika mereka dah tiada kat dunia ni sape nak jaga kebun dan rumah besar mereka. Ada yang terkebil-kebil , ada yang termenung, ada yang jawab tak tau lah Mie macam mana... Nanti aku siarkan temubual aku dengan generasi pertama ini.

Aku sempat jugak bertanya khabar tentang koperasi rancangan.. biz ada baik ke???. Aku sound sikit ahli koop dah makin kurang sebab ramai dah meninggal... Jadi aku cadangkan pada mereka beri peluang pulak kepada generasi ke-2 untuk menjadi ahli dan menguruskan koperasi pulak.... Silap-silap 20 tahun lagi tinggal nama koperasi je ahli dah tak de... Moga mereka faham...



BenCanA

Kat Padang...

Bencana gempabumi, tanah runtuh, bangunan runtuh, kampung disedut bumi macam-macam lagi... Lebih kepada kerosakan alam

TAPI

Kat Malaysia

Bencana akhlak, rasuah, maruah diri, berzina. meminum arak, menghina hukum Tuhan, aurat, dadah, merompak, merogol sampai ada Rasul Melayu....

Lagi hebat sebab bencana akidah & akhlak yang semakin rosak dan hampir punah...

KD INDERAPURA DISABOTAJ ???



KD Sri Inderapura terbakar
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi dan Zatul Iffah Zolkiply - Berita Hairan

KAPAL Sri Inderapura yang sedang membuat persiapan penghantaran logistik ke Markas Wilayah Laut 2, di Kota Kinabalu terbakar di Pangkalan TLDM Lumut, pagi semalam.

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kehilangan kapal yang banyak berjasa kepada negara apabila kapal pendaratan KD Sri Inderapura, terbakar di sini awal pagi semalam.

Difahamkan, kapal itu sedang membuat persiapan penghantaran logistik ke Markas Wilayah Laut 2, di Kota Kinabalu dan dijadualkan akan belayar Isnin ini.

Kebakaran dipercayai berlaku jam 6.30 pagi dan ini kali kedua kapal itu terbabit dalam kebakaran selepas kejadian pertama pada 2002.

Ketika kejadian, 77 anggota termasuk enam pegawai dan 22 pelatih sedang bertugas dan usaha memadam dijalankan sejurus menyedari kebakaran.

Dua pasukan Bomba dan Penyelamat TLDM dihantar ke tempat kejadian sebelum tiga lagi pasukan Bomba dan Penyelamat, iaitu masing-masing dua dari Seri Manjung dan satu dari Sitiawan membantu. Selain itu, pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Boustead Naval Shipyard dan bot tunda awam turut membantu.

Tinjauan Berita Harian jam 2 petang semalam mendapati api berjaya dikawal dan kerja memadamkan diteruskan, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bagaimanapun, media tidak dibenarkan menghampiri tempat kejadian kerana ia kawasan keselamatan negara.

Kapal yang berusia hampir 40 tahun itu dibina pada 1970 dan ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1995 dengan kekuatan 324 anggota.

DI PORT DICKSON, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan kebakaran tiada unsur sabotaj dan tiada kena mengena dengan ancaman kumpulan Benteng Demokratik Rakyat (Bendera) Indonesia yang dikatakan mahu menyerang Malaysia.

"Siasatan awal mendapati punca kebakaran akibat litar pintas. Bagaimanapun, lembaga siasatan yang diketuai pegawai berpangkat kapten atau kolonel sudah ditubuhkan," katanya.

Beliau sudah memaklumkan kejadian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan diminta mencari alternatif untuk menggantikan kapal itu.

"Kapal ini sudah musnah dan tidak boleh digunakan lagi. Kapal seperti ini sukar diperoleh di pasaran. Jika ada keperluan, kerajaan akan membeli kapal baru menggantikan KD Seri Inderapura.

"Buat sementara, kita akan mendapatkan kapal sedia ada untuk menghantar logistik ke Sabah dalam masa terdekat," katanya.

Ditanya mengenai pasukan Bendera Indonesia, Ahmad Zahid mengakui ia memang wujud di negara berkenaan, tetapi bukan provokasi ketenteraan.

"Saya sudah meminta Panglima 3 Divisyen di Sarawak memantau pergerakan mereka. Polis dan imigresen turut mengambil langkah sama," katanya.

Mohon member kita 'P...A' komen sikit pasal kapal nih... ialah pasal teknologi, kepakaran membaikpulih ke?...

Media Alternatif PAHANG


Kepada sahabat-sahabat diluar, boleh jugak melayari media altenatif Pahang yang dikenali SIDANG ONLINE....

Kelab GOLF AWAM - Jom sapu BALAK





Semalam 6/10 aku ke Bandar Baru Bera... Masa nak balik aku singgah dan ambik gambar tempat ni . Lama dah hajat dihati nak snap gambar cuma hari semalam tercapai...

Kalu tak silap aku kat Pahang ni banyak sungguh Kelab Golf Awam yang diuruskan oleh Majlis Daerah (Kerajaan Tempatan). Untung sangat ke???? ATAU???? Buat kat BERA pulak tu... Kat sini bukannya ada industri berskala besar, yang kecik pun tak ada. Yang ada pun kebun sawit FELDA, kebun getah dan kerja-kerja kampung disamping bela ikan patin sangkar dipinggir Sungai Pahang. Mungkin semenjak sawit, getah dah mahal ni ramai peneroka pun berjinak-jinak main golf pulak kot...

Aku pun terus belok ke tempat yang dituju yang jauhnya sekitar 2.5 km dari Jalan besar Temerloh - Triang dan masuk ke kawasan Kelab Golf ni... Wah hebatnya luas mata memandang, pintu masuk di sambut oleh Pak Guard yang sentiasa tersenyu dan pintu automatik lagi....Driving Range tengah dok buat... kena mari pulak nih..

Apa yang boleh aku fikir ni satu cara nak sapu balak .... mula-mula buat kertas kerja nak buat kelab golf jadi kena cari kawasan-kawasan yang ada kayu biarpun tiada kepentingan ekonomi/industri kalu kat Taman Negara Ulu Yembeling lagi elok sebab kayu balak lagi besar-besar, lepas tu ajak 2-3 group mohon tanah & sapu balak... Balak dah tak de, bagi/serah jelah ke Majlis Daerah tolong uruskan abis cerita... Kalau ye pun bebaloi ke??? Bila cari info pasal Kelab Golf ni tak de dalam website Majlis Daerah Bera ataupun kelab ni diuruskan oleh pihak lain.. Ataupun memang Majlis sendiri nak cari duit cepat sebabnya kerajaan negeri Pahang antara negeri paling 'sedikit berhutang' dengan kerajaan pusat..

Kalau nak main golf pun sapa lah sangat mungkin DO, geng Pejabat Tanah, geng Pejabat Hutan... lagiii ... orang politik

Oh ye!!! Sape3 nak tau lebih lanjut hubungi 09-279 1711

Nanti kita melawat kelab golf awam di daerah lain pulak. Aku pasti kebanyakan kelab golf awam di Pahang sahaja yang diuruskan oleh Majlis Daerah kalau kat negeri lain tak dengar pulak...





PMR Dah BermUlA

Hari ni PMR dah bermula, kepada adik-adik selamat menghadapi peperiksaan dan menjawab dengan berhati-hati. Anak aku pun ambik juga.

Baru tadi kamis sekeluarga menghantar dia ke sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh. Tiga hari lepas dia tak sihat dan semalam diserang lelah pulak. Jadi akupun berserah jelah harap-harap dia dapat bertahan di dewan peperiksaan. Suat dari klinik swasta dah diserah kepada Pengawas Peperiksaan, moga jika apa-apa berlaku kepada beliau sekolah dapat bertindak dengan cepat... Nak buat macam mana minggu terakhir nak periksa dia tak berapa sihat. Sama-sama mendoakan dia cepat sembuh...

PRK Bagan Pinang



Pertandingan 3 Penjuru

1. PAS - Zulkefly Mohamad
2. Team BN - ISA XMB N9
3. team BN - Mohamad Hassan MB N9 sekarang