JutAWANG


Malam tadi anak aku tanya (6 tahun)... AYAH banyak ke 1juta ni... Aku jawap banyak le... Tau pulak budak ni sebut juta-juta ni (dalam hati)....Apasal? Aku tanya balik... Nanti adik besar adik nak keja kumpul duit banyak-banyak dapatlah sejuta....

Aku jawap le... Kalu keja, payah nak kumpul duit banyak-banyak sampai sejuta ... nak kena berniaga baru le dapat kumpul duit sebanyak tu... Dia pun jawap balik .... OOOOHHHHHH....

Budak 6 tahun tahun pun ada hajat dan nafsu nak kumpul duit banyak-banyak apatah lagi kita yang berusia dan baligh ni... Cuma cara mendapatkannya sahaja yang perlu diperhalusi...Aku dah berusaha lama hampir belasan tahun... kena projek besar-besar ada je malaun minta duit kopi dan tol.. Aku tak dapat projek pun tak apa... Dalam kubur aku nak kena jawap!!

1. Kalu keja + makan rasuah - dapat le
2. Berniaga + Rasuah - dapat jugak & cepat
3. Berniaga + X de rasuah - tak tentu lagi.. mungkin ya@tidak

MusIm PeRikSA

Tahun ni 2 orang anak aku akan ambik periksa, sorang PMR sorang SPM... Kalu diperhatikan cara belajar pulak, sorang relak memanjang (lelaki-PMR) sorang lagi sibuk dengan buku... (pompuan).. Tengok buku sejam lepas tu sambung dengan PS2 dan Internet pulak 2-3 jam...

Nak buat macama mana???MaraH! Rotan! apa lagi... last-last aku sama-sama buat latihan math dengan dia...

Minggu ni dan depan dah ada jemputan ke jamuan Raya + Sembahyang Hajat untuk periksa mereka berdua ni...

Masa aku dulu kat AFKL, seingat aku tak dibuat le... Yelah masa tu kami lebih dingatkan bahawa tiada cara lain hendak berjaya kena belajar, belajar, belajar... tengok buku memanjang... Tapi senjata paling ampuh sebenarnya DOA terutamanya dari ibubapa...

Dan selepas periksa SRP(dulu) kami lebih ditekankan kepada subjek aliran sains kononnya untuk menjadi jurutera yang hebat (Melayu kurang Jurutera atau Doktor). Kalu dengar masuk aliran Sastera.. biasanya ni mesti budak lembab, tak cerdik, tak pandai dan macam-macam lagi....dan paling teruk tak layak belajar di AFKL (result bungkus) sebab biasanya yang masuk kelas Sastera ni result SRP tak elok

Memang diakui kebanyakkan lulusan AFKL berjaya mencapai cita-cita menjadi jurutera, yang jadi Doktor pulak setiap batch ada la sorang atau 2 orang paling banyak DAN sorang habuk pun takde yang menjadi Peguam...Rupanya baru aku tau nak jadi lawyer ni kena masuk aliran Sastera belajar Sejarah dan macam-macam lagi... Rupanya ada informasi/maklumat yang kami tak terima abis masa aku mengaji dulu..porahhh

Bila dah keluar U dan berusia macam sekarang ni, aku tengok budak yang gagal SRP/SPM pun boleh jadi kontraktor besar walaupun tak pandai baca pelan. Janji ada kabel ... projek juta-juta pun dapat tak payah jadi engineer... Punya la tunggang terbalik..

Jadi aku terpaksa reform projek kerjaya anak-anak aku... Yang masuk aliran Sains aku tak bagi ambik subjek Bio, kalu nak jadi Doktor tak pe le... sebabnya subjek ni tiada kaitan langsung dengan dunia seorang jurutera dan akauntan. Lepas PMR aku nak suruh dia ambik subjek ringan-ringan sudah dan yang berkaitan dengan cita-cita dan minat belajar dia. Janji SPM Skor abis cerita

Sebenarnya dunia pendidikan kita dah kacau bilau, tiada landasan yang betul untuk mengfokus kepada kerjaya seseorang...

Jamuan RAYA

Malam tadi kami sekeluarga dijemput ke Jamuan Raya oleh sahabat yang juga Menteri Kewangan Az-Zahra' di Taman Temerloh Jaya. Kami pergi lepas Isya' dan berada disana hampir 1 jam..tengah sedap melayan Bibun sup dan air sirap berwarna hijau... ada pulak suara anak gadis menjerit macam terkena histeria berhampiran lokasi jamuan yang hanya berjarak 10 meter sahaja. Kebetulan pada ketika itu YB Dun Semantan lalu.. apa lagi terpaksalah YB Syed Hamid jadi pembantu Tok Moh sekejap... Kena ada macam-macam ilmu jugak nak jadi YB ni...




Ujian BertimPa

Awal minggu pertama syawal ni betul-betul menguji 'ekonomi' aku. dalam tempoh 2 hari berturut-turut kereta buat hal.

1. Hari Khamis... Alternator out .. langsung enjin mati tengah jalan. kena pukul 730 pagi. Nasib baik called biras dia pulak takde keja... jadi berulang-alik dari Temerloh ke Kg Peraggap baiki kereta. Mula-mula aku ingat plug jammed, rupanya benda lain...



2. Pagi Jumaat ke KL dan malam tu balik... pukul 10 malam dan lagi 28km ke Temerloh tayar depan kerta pulak pecah. Aduhhhh... Nak tukar tayar , kena pulak tayar sebelah driver, kereta, bas lori, bawa laju gila-gila... Last-last aku called MTD minta bantuan kereta tunda... Sampai kat Temerloh 1140 malam... dari KL 8 malam...Pagi pegi workshop... macam-macam pulak sakit...Sana tukar, sini tukar...



Yelah... pakai keta lama ni macam tulah....

ProgRaM AkhIr RamDhAn

Akhir Ramadhan lepas sempat jugak menguruskan beberapa aktiviti untuk perlaksanaan hujung tahun dan tahun hadapan. Nak kejar masa jadi aku dan beberapa sahabat cuba 'menoktahkan' program-program tersebut agar mudah perlaksanaannya nanti

1. Program pengkomputeran Akaun
Aku masih meneruskan sesi latihan untuk UBS-Software untuk pelanggan. Mungkin awal Oktober ni transaksi pemula dan ujian sistem akan dapat dilaksanakan. Kepada sabahat-sahabat yang berminat untuk mengadakan pengkomputeran oraganasasi atau out-source simpankira syarikat boleh hubungi aku...

2. Kelas Pengajian IQRA dan Bimbingan AGAMA (Kelas KAFFAH)
Kami juga dijemput untuk berbincang bagi mengadakan kelas IQRA untuk anak-anak penduduk di sekitar Jalan Bahagia Temerloh. Tempat disediakan manakala program pemasaran. modul dan guru akan diuruskan oleh kami.

RayA Kat kamPuNg

Tahun ni beraya kat Kg Seboi Kuala Krau (rumah kakak/abang ipar).. bukan kat rancangan, lepas sembahyang baru gi rancangan... Gambar kat rumah kakak & abang ipar ...















UCAPAN IDUL FITRI


Salam sejahtera...

Dimulakan dengan Bismillah... moga-moga Ramadhan ini lebih mendekatkan kita kepadaNYA dengan amalan-amalan orang beriman. Bulan Syawal dan lain-lain bulan yang menyusul, kita akan tetap terus menjalani kehidupan harian dengan amalan-amalan yang telah dipraktikkan dalam Ramadhan lalu.

Oh ya... jangan lupa selepas subuh pagi raya kita juga disunatkan berbuka puasa dengan 1-2 biji tamar...

Akhir kalam... TabarakaALLAHu minkum. untuk semua ... Maaf zahir batin

RAMADHAN dan NafSU



27hb Ramadhan tarikh terkini....

baru tersedar aku
kini di hujung Ramadhan
Ohhh Ramadhan...
aku menangis kerananmu
dikau pasti pergi
moga kita ketemu lagi

ada yang sebak
ada yang mengalir airmata
KERANA
Ramadhan hanya akan muncul 11 purnama lagi
adakah kita masih bernafas lagi

KERANA
hamba mu ini benar-benar menghayati Ramadhan
menjadi insan baru
si NASFU itu telah dibuang jauh

ada pula yang gembira
hingga tak terkira
KERANA
Ramadhan itu memenjarakan perilakunya
hingga terpaksa menipu manusia dan PENCIPTA

MOGA
madrasah ramadhan ini
mencairkan nafsu
melembutkan nafsu
mengurangkan nafsu
menghapuskan nafsu
hingga muncul
aku yang baru
kembali ke fitrah
terus menjadi INSAN YANG BERTAQWA

KembaLi DaRi AsRaMa

Esok dan lusa akan baliklah anak-anak aku ke rumah sempena cuti raya. Walaupun dekat dan selalu berhubung melalui talipon tetapi perasaan 'kehilangan' sementara tetap wujud dalam diri sebagai ibubapa. Bila dah mempunyai anak-anak yang menetap diasrama perasaan demikian akan wujud secara tak langsung.

Begitu juga mak dan ayah kita dikampung yang sentiasa merindui kepulangan anak-anak terutamanya ketika 1 Syawal. Aku tak reti la nak kata apa kalu ada anak-anak yang tak nak langsung menjengok orangtua dikampung walaupun sebentar sahaja bagi mereka dah mencukupi. Tapi balik kampung ni tak semesti pada 1 Syawal, kalu boleh acapp lagi elok.

BersaMa Naib Presiden PAS

Semalam mendapat undangan berbuka posa dari sahabat.. bersama Naib Presiden PAS Dao' Tuan Ibrahim Tuan Man... dianjurkan oleh kakitangan BPPNP kat Temerloh....



MesEj TerBaiK

Ni papan iklan sempena bulan Ramadhan di Kelantan. Kalau diperhatikan banyak mesej yang kita boleh ambil dari papan iklan ni antaranya

1. Satu keluarga pegi ke masjid (termasuk anak isteri)
2. Pergi dalam keadaan gembira
3. Masjid adalah tempat ibadat terbaik sempena ramadhan moga ianya diteruskan selepas Ramdhan pulak
4. Kena latih anak-anak ke masjid

1. Bulan membaca Al-Quran
2. Sambil mengajar anak-anak termasuk yang kecik sekali bukannya kita sorang-sorang.
3. Banyakkan membaca Al-Quran

Begitulah antara mesej aku catatkan pada sekali imbas. tapi memang 'menangkap' papan iklan ni

Boleh tengok kat SINI

KuliAH SUbUH Kat Surau SPK KL

Jom Masuk SYuRgA
Itulah tajuk kuliah pada pagi Sabtu lepas (12/9) di surat Taman SPK Segambul KL selepas Subuh... Nama Ustaz aku sempat tulis...

Antara ringkasannya...
a. Puasa sebenar adalah 24 jam dan bukannya 12 jam... Ramai yang menganggap siang hari je tak boleh marah2 dan melakukan perkara-perkara yang merosakkan puasa tepai selepas berbuka terus kembali ke sikap lama semasa sebelum puasa...
b. selepas sembahyang kita biasanya beristighar tetapi kenapa kita tak melakukannya ketika duduk lepak saja-saja, sepatutnya kita beristighfar jugak tak payah tunggu selepas solat.. Kerana alam keadaaan biasa kita lebih banyak melakukan perkara-perkara yang lara'..
c. Berhati-hati dalam perkara-perkara Rukun Qauli semasa solat iaitu, Takbir, Fatihah, Tahiyat Akhir, Selawat dan Salam
d. Memperbaiki dan menambah amalan bila datangnya Ramadhan....
e. Kena jaga perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa dan bukannya setakat jaga perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa sebab ganjaran/pahala amalan puasa ditentukan oleh ALLAh SWT sendiri...dikhuatiri ganjaran puasa yang dapat setakat lapar dan dahaga sahaja...
f. Dalam berdoa mohon banyak-banyak untuk akhirat kerana disitulah destinasi kita selama-lamanya dan terakhir, dunia ini sebagai tempat persinggahan sementara.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AKAL

Tarikh : 13/9/09
Ustaz Syahril

1. Mendekatkan manusia dengan Tuhannya dengan menggunakan akal
2. Orang yang dungu dalam ibadat boleh mendatangkan musibah disebabkan kejahilannya.
3. AKal lebih besar dari Arash
4. Dapat membezakan baik dan buruk dan menerima tugas-tugas khalifah dan beribadah.

Sumber-sumber ilmu menurut pandangan Sekular :-
a. Rasional (mampu fikir)
b. Imperikal/pengalaman

Tetapi ISLAM menambah satu lagi iaitu melalui sumber WAHYU. Dan Wahyulah sumber ilmu paling utama.

Menurut Imama Ghazali dengan akal -
a. Membezakan manusia dengan haiwan
b. Mengetahui perkara mungkin dan mustahil
c. Diperolehi dari pengalaman
d. Menundukkan hawa nafsu

Orang yang berakal ialah orang yang berada ditahap ke-4 iaitu berjaya menundukkan hawa nafsu

Manakala makhluk terbina dari 3 unsur :-
a. jiwa tumbuh-tumbuhan (makan dan membesar)
b. berjiwa kebinatangan/haiwan (bergerak)
c. berjiwa rasional

Untuk membangunkan akhlak, kanak-kanak akan melalui beberapa tahap :-
a. Mereka akan melihat perkara yang baik dan buruk dari penglihatannya daripada tingkahlaku dan amalan ibubapanya.
b. Semakin membesar mereka akan memperolehi kemampuan meniru setiap amalan ibubapanya
c. Tahap mengetahui setiap pekerjaan yang dibuat baik/buruk atau dosa/pahala
d. Memilih amalan ke arah akhlak yang betul dan beristiqamah dalam menjalankannya.

Oleh itu dalam diri manusia terdapatnya AKAL@NASU yang menjadi RAJA, kalau memilih NAFSU maka binasalah...

Kat tempAT KejA



Aku sempat juga snap gambar kat tempat buat keja area Ampang Point... check database lepas tu kena convert pulak ke SQL server.... dah lama tinggal hampir 6 tahun tak buat... minggu depan kena turun lagi... sebab imej dari Mykad Reader tak keluar (gambar Mykad).... Hari ni sistem pun offline sebab aku sibuk dok mengedit dan menyemak database kat Server...

Sempat jugak bincang dengan BOSS ( taukeh pompuan la) pasal mission biz dia... dia banyak dealt dengan MNC seperti TALISMAN... kebanyakkannya Oil & Gas company...

SepanJanG Jalan






Gambar-gambar dari simpang Bentong ke KL (sampai kat terowong Genting Sempah je).... sambil drive sambil ambik gambar nak hilang ngantuk dan drive sorang-sorang....

Teka jelah kat mana...

SIAPA Dan APA???

Gambar dari MSO

Isu UMNO - Pun pembela ISLAM jugak , cuma tak de nama ISLAM pada parti cap keris ni... NAJIB kata la....

SENDIRI FIIKIRLAH!!!!

TENgah Keja

PAGI NI Kat KL sampai hari AHAD.... Kalau ada masa aku update bloG ni...

CuRi Kat RancangAN

5 petang semalam mak aku call tanya tak balik buka posa kat rancangan ke?.. Aku pun jadi serba salah, jadi kami sekeluarga pun balik jugak ke rancangan. Sampai kat sana pukul 650 petang dah... Rasa berat nak 'tolak' jika mak sendiri dah talipon... Yelah mana tau itu mungklin 'permintaan terakhir' dia ke... mana kita tau... nanti nyesal tak sudah...

Sampai kat sana, biasalah lauk penuh atas meja...Rezeki jangan ditolak.. Cuma aku la ni bukas posa dengan tamar & kuih2 je... Dah 4 tahun aku amalkan... Mak aku kata makan le ramai-ramai sedap sikit... Aduhhh... Makan jelah tapi ala kadar je... (Kari ikan, ayam bakar, kerabu togel....)

Sambil-sambil makan ayah aku pula tambah cerita... ada 6 orang budak kat sini ditangkap polis sebab mencuri. Mereka dah curi hampir 30 biji motorsikal. Body dimotor dicampak dalam sungai..Aku kenal le salah seorang budak tu.....

Sebab utama ...

a. Perceraian mak ayah
b. Berhenti sekolah dari Form 1 1agi (tiada pendidikan)
c. Mak ayah tak pernah ambil peduli pasal anaknya... malam-malam stat motor melepak sampai pagi kat simpang.
d. Kurangnya pendidikan agama, dari mak ayah serta atuk/nenek
e. Penduduk kat rancangan sendiri dah tak peduli tentang sosial anak-anak, tiada tegur-menegur dan sikap lepas tangan 'orang-orang besar' yang berjawatan..

Tak tau le apa nak jadi kat rancangan 10 tahun lagi....

TunGggu BAS ke AFKL


Ini adalah bangunan pejabat Wilayah FELDA kat Temerloh. Kini semuanya berpagar dan sepatutnya di hadapan bangunan ni adalah berpintu dahulu.

Ni adalah tempat biasa kami pelajar-pelajar AFKL menunggu bas untuk balik ke asrama di AU/2A. Biasanya para pelajar akan dibahagikan mengikut zon seperti Pahang Utara, Selatan, Barat dan Timur. Manakala Landrover akan menghantar dari rancangan ke sini. Ada bas yang akan bertolak dari Kuantan terus ke KL atau singgah disini untuk mengambil pelajar tertakluk zon masing-masing. Aku pulak dari zon Pahang Barat. Kini dah tak main zon-zon dah, walaupun pejabat ni kawasan Temerloh tetapi dipanggil Wilayah Mempaga (kalu tak silap).. Tak tau kenapa...

Biasanya kalu nak balik ke KL kami akan ronda-ronda dulu kat pekan sehari Temerloh terutamanya pada hari Ahad. Bas pulak akan bertolak dari sini sekitar jam 10 - 10.30 pagi. Maka melentoklah atas bas ataupun asyik dok teringat kat keluarga di rancangan.

Lailatul Qadar - Talian HayAt ke SYURGA


Kini berbaki 10 hari sahaja lagi Ramadhan untuk dijalani. Macam mana dengan amalan kita adakah masih seperti sedia .. makin hujung makin malas, makin nak berborak dengan pekena teh tarik... Sedangkan pada waktu beginilah bertambah besarnya ganjaran kepada ummat Muhammad SAW yang terus gigih mengejar malam Lailatul Qadar.

ALLAH menganugerah 'Lailatul Qadar' untuk kita hambat dan kejar. Tetapi kenapa kita masih buat endah tak endah untuk berusaha beramal ke arah tersebut. Beramal macam 1000 bulan... Nah itulah talian hayat terakhir dan ganjaran yang amat besar untuk ummat Muhammad... tapi nak buat macam mana Tuhan dah bagi bonus pun masih buat tak tau... walaupun hanya untuk 10 hari dalam setahun...

Marilah sama-sama kita menjadi manusia baru dan kembali kepada fitrah menjelang akhir Ramadhan ini..

TazkIrAH lepAs Zohor Masjid BandAr TemerLoH



Sembahyang TerawIh Masjid WilayaH










Gambar di Masjid Wilayah semasa dan selepas sembahyang terawih... aku turun malam Ahad lepas(5/9)... Imam dari Syria, pak menteri pun mari... MY... tapi rami yang dok beratur nak salam dengan tok imam kri kanan...