Mentakab-Ketereh (Kelantan) & Pontian(Johor) - Dirikanlah Solat







Perjalanan 1(Mentakab-Ketereh)
Pada minggu lepas (22/11/08) Penulis ke Ketereh Kelantan atas urusan pekerjaan. Menaiki keretapi sebagai pengangkutan yang popular untuk golongan berpendapatan rendah.Perjalanan bermula dari jam 12.45 tengahari dan sampai jam 10.00 malam(ikut jadual sebenar 11.45 pagi - 8.15 malam). Penulis disambut oleh anak saudara bernama Mohd Hafiz dan pada malam tersebut menginap dirumahnya. Hujan turun berterusan semenjak dari Bandar Kuala Krai lagi. Pada pandangan peribadi penulis Hafiz adalah betul-betul seorang 'Profesional" yang sepatutnya ditonjolkan sebagai idola anak-anak muda masa kini dan bukannya Mawi,Nabil atau Aznil. Baru berusia 20'an masih bujang dan beliau pekerja pada waktu siangnya sebagai kerani tapak pembinaan manakala malamnya adalah seorang Ustaz yang mengajar kanak-kanak mengaji dan menghafaz Al-Quran. Berapa ramai anak-anak muda sepertinya di Malaysia buat masa kini?

Perjalanan 2 (Mentakab - Johor Bharu - Pontian)

Manakala pada 27/11/08 pula penulis menghala ke selatan tanahair iaitu ke Bandar Pontian, juga menaiki keretapi. Kali ini penulis membawa anak lelaki yang berusia 14 tahun(AMIN) bersama-sama. Bertolak dari Mentakab 1.45 petang dan sampai di Johor Bharu 7.50 petang. Ini adalah kunjungan kali ke -2 semenjak tahun 1990. Terlalu banyak perubahan infrstruktur bandar dan manusia sendiri. Kami menaiki bas di lokasi yang tak diketahui dan menuju ke steysen bas Larkin. Jam 8.00 malam menaiki bas Maju pula Pontian dan sampai destinasi jam 9.20 malam. Terima kasih kepada adik XX, pemandu bas Maju Express JB-Pontian, pemandu bas Skudai-Kulai (6.00 pagi 28/11/08)dan MR.Y (seorang India) yang memberi petunjuk maklumat jalan dan arah.

Dari kedua-dua perjalanan ini penulis mendapati ramai dari penumpang keretapi telah mengabaikan solat iaitu hampir 99% terutamanya untuk perjalanan jauh dn jangkaan ini buat di gerabak saya sahaja. Dari yang sudah baligh sehinggalah yang berusia emas. Sedangkan ISLAM telah memudahkan umatnya yang bermusafir dengan bersolat secara JAMAK & QASAR. Perkara ini amat malang sekali dan berlaku kepada umat Muhammad akhir zaman . Marilah kita sama-sama mengajak, menyuruh, menegur dan berdoa agar semua kita yang mengaku dirinya sebagai MUSLIM agar bersolat.

Berikut adalah petikan KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW YANG KITA SAYANGI di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah :-

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'ibadat haji' jika kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. "Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku. Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu."

Semoga pesanan dan kata-kata terakhir ini dapat dihayati oleh seluruh umat Baginda sebagai panduan serta pedoman dalam menempuh liku kehidupan ini.

Pekan - Pengalamanku






Pada 20/11/08 lalu kami sekeluarga telah ke Pekan Pahang untuk menghadri temuduga anak ketiga saya AMMAR di Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pahang. Bertolak dari rumah pukul 1015 pagi dan sampai di Kuantan jam 1145 pagi. Hanya saya yang pernah sampai di Bandar Pekan itupun semasa belajar di UiTM Pahang tahun 1985 dahulu. Semaa itu saya dan rakan-rakan lain akan ke rumah APAMZ. Selamat berniaga diucapkan kepada APAMZ serta tahniah kerana baru mendapat anak yang ke...

Kami menggunakan jalan dari Tanjung Lumpur untuk ke Pekan, ini adalah kerana temuduga dan ujian bertulis hanya akan diadakan pukul 2.00 petang. Kami sempat singgah di Pantai Kg Sepat yang baru dibangunkan. Kawasan tersebut masih belum terusik lagi, dan dengan keadaan pantai yang bersih amat sesuai untuk dibawa keluarga bersantai di sini. Keadaannya jalannya yang landai dan pemandangan seperti melalui jalan di Penarik, Setiu Terengganu. Bandarnya kecil dan terletak di tebing sungai.

Pukul 2.00 petang, selesai solat Zohor di Masjid Kg Padang Polo kami terus ke Maahad Tahfiz. Telah ramai menanti disana dan satu sesi penerangan telah diadakan kepada ibubapa. Menurut pegawai bertugas bilangan pelajar yang terpilh untuk sesi ujian kali ini hampir 120 orang dan hanya 20 orang sahaja akan dipilih. Kini semakin ramai ibubapa yang menghantar anak-anak untuk menghafaz Al-Quran. Kebanyakannya memperolehi 4A dan 5A dalam UPSR 2008 lalu.

Diharapkan roh ingin membentuk generasi Al-Quran terus subur dan bertambah demi menghadapi keadaan sosial yang terlalu kalut di Malaysia ketika ini.

Moga DirahmatiNYA

Salam sejahtera. Blog ini adalah sebagai melakar pengalaman, idea, kenangan untuk dikongsi bersama-sama pembaca sekelian. Diharap ini dapat mengasah bakat penulisan saya yang telah lama ditinggalkan semenjak alam persekolahan lagi.

Nama blog telah lama diwujudkan tetapi memandangkan masa yang terhad dan konsep yang cuba ingin diperkenalkan maka ianya lambat berada di alam siber. AMBILPEDULI dipilih kerana ianya adalah berkaitan dengan diri saya dan semua kita sebagai makhluk ciptaanNYA yang perlu ambil peduli ke atas semua tindakan dan amalan harian kita. Moga ianya memberi manfaat.